2020年2月1日土曜日

Penerjun Negara Dikhuatiri Membawa Virus : KoronaVirus WUHAN



Penerjun Negara Sudah Kembali Dari China, Disaran Jalani Pemeriksaan Lanjut Di ISN Segera

KUALA LUMPUR 01 Februari 2020 (Sabtu) : Skuad terjun negara yang menjalani latihan di Chengdu, China telah kembali ke tanah air pada pagi Jumaat, ekoran peningkatan jumlah jangkitan 2019 novel KoronaViurs (2019-nCoV) yang semakin bertambah serius di negara tembok besar itu.

Setiausaha Kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chan ketika dihubungi berkata kesemua penerjun dan jurulatih disahkan 'bebas' daripada sebarang jangkitan KoronaVirus.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Kesemua mereka balik dalam keadaan sihat. Tidak ada simptom demam mahupun batuk. Mereka telah pun dihantar ke Institus Sukan Negara (ISN) bermula pagi ini untuk pemeriksaan kesihatan lanjut, dan mereka tidak akan kembali ke China sehingga keadaan di negara itu kembali pulih seperti sedia kala," katanya kepada Bernama, hari ini.

Beliau berkata penerjun negara dijaga dengan baik ketika berada di Negara China, di mana langkah-langkah pencegahan dilaksanakan dengan baik, termasuk suhu badan mereka diperiksa setiap hari termasuk makan minum dan pergaulan.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Katanya mereka akan menjalani latihan intensif di tanah air sehingga kejohanan terjun Grand Prix di Rostock, Jerman pada 20 hingga 23 Februari 2020 dan Kejohanan Terjun Siri Dunia di Montreal, Kanada pada 28 Februari hingga 01 Mac 2020.

Pasukan negara terdiri daripada lima penerjun iaitu Leong Mun Yee, Pandalela Rinong, Wendy Ng Yan Yee, Kimberly Bong dan Enrique Harold serta dua jurulatih kebangsaan, Li Rui dan Li Teng.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Bagaimanapun juara dunia 2017, Cheong Jun Hoong masih berada di China itu untuk menjalani latihan bersama bekar jurulatih kebangsaan, Yang Zhuliang di Qinhuangdao.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata Jun Hoong masih belum memuktamadkan tarikh sebenar beliau akan kembali ke Malaysia.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Jun Hoong masih mahu berada di sana. Dia selesa dengan latihan di sana. Tempat Jun Hoong dengan kawasan terkesan wabah itu amat jauh, jadi dia tidak terkesan langsung. Bagaimanapun Jun Hoong dan jurulatihnya masih memantau keadaan di sana, dan jika (keadaan) merisaukan, sudah pasti dia akan balik. Buat masa sekarang, dia rasa selesa dan tiada kerisauan untuk Jun Hoong kekal di sana, " katanya.

Mengikut perancangan awal, Pandelela dan Mun Yee akan kembali ke tanah air untuk memperbaharui visa pada 02 Februari 2020 diikuti Wendy, Kimberly dan Enrique pada 13 Februari 2020, manakala Jun Hoong pula akan balik pada 14 Mac 2020.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Menurut laporan South China Morning Post, angka kematian di Negara China disebabkan Wuhan KoronaVirus melonjak ke angka 259 orang dengan 11,791 kes jangkitan yang disahkan.

@ Jackie San
 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/02/penerjun-negara-dikhuatiri-membawa.html

    返信削除

Featured post

KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN

  KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN @Jackie San Apr 6 / 11:00 AM   〜   4:45 PM Kanamara Matsuri (otherwise known as the “Penis Festiva...