2020年11月24日火曜日

VIRAL " Pengerusi UDA Punca Gelombang Kedua COVID - 19 Negara "



Peningkatan 83 Kes Positif Hari Ini


PUTRAJAYA : Angka Positif Wabak COVID -19 terus menunjukkan peningkatan hari ini dengan kes terhabahru sebanyak 83 kes dan ianya disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.


Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa, kes baharu tersebut adalah terdiri dari kalangan Patient - Under - Investigation (PUI), kontak rapat dan juga Misi Bantuan Kemanusiaan.


Selain itu, daripada jumlah tersebut, seramai 258 kontak rapat kepada kluster kes ke-26 telahpun diambil sampel.


" Daripada kluster tersebut, 18 orang telah disahkan positif COVID -19 dan manakala 70 lagi adalah negatif. Mereka telah diletakkan di bawah perintah pengawasan dan juga pemerhatian di rumah dalam tempoh 14 hari," katanya.


Selain itu juga, seramai 170 orang lagi telah berjaya dikesan dan kini masih menunggu keputusan ujian makmal.


" Mereka juga telah diletakkan di bawah perintah pengawasan dan juga pemerhatian di rumah," katanya.


Dr Noor Hisham turut memaklumkan, KKM kini masih menjalankan siasatan dan juga aktiviti pengesanan kontak rapat bagi mengenal pasti punca jangkitan dan juga seterusnya mencegah penularan wabak pandemik COVID -19.


Menurutnya lagi, KKM telah menjalankan survelan COVID -19 bagi mengesan kes sporadik dan juga kes tempatan di Malaysia melalui pesakit influenza - like - illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) yang tiada kaitan dengan sejarah perjalanan ke negara - negara yang terjejas ataupun kontak kes positif COVID -19.


" Sehingga 24 November 2020 (Selasa), sebanyak 430 sampel telahpun diuji dan setakat hari ini tiada sampel dikesan positif jangkitan wabak COVID -19.


" Berdasarkan maklumat semasa, buat masa ini tiada kes sporadik COVID -19 yang dikesan melalui aktiviti survelan ini," katanya.


Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan, kes ke-24 yang sebelum ini positif telahpun disahkan pulih dan telah discaj dari Hospital Kuala Lumpur.


" Ini menjadikan 23 kes telahpun pulih sepenuhnya setakat ini," katanya.


Pada perkembangan yang sama, KKM turut memaklumkan menerusi 'Code of Professional Conduct' di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012) dan juga Peraturan Perubatan, pengamal perubatan perlu memastikan kerahsiaan maklumat peribadi pesakit adalah terpelihara, kecuali jika pesakit itu sendiri mendedahkan maklumat beliau secara terbuka dan sukarela.


" Justeru itu, KKM terus melindungi maklumat peribadi pesakit.


" Selain itu juga, KKM juga akan terus menyumpan maklumat penting terutama yang relevan bagi kepentingan kesihatan awam."



@ Jackie San


1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-pengerusi-uda-punca-gelombang.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<