2021年5月24日月曜日

Konstable Norhalim Mati Tertembak Sendiri - Nur Alif



SIBU, SARAWAK:

Seorang Konstabel Polis didakwa di Mahkamah Majistret, di Sibu, atas tuduhan membunuh dengan sengaja rakannya, pada 06 Mei 2021 yang lalu.


Muhamad Nur Alif Mazlan, 28, dituduh dengan sengaja membunuh Konstabel Norhalim Tumiran, 24 tahun, di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9 antara jam 5.45 petang hingga 6.30 petang pada hari berkenaan sebelum berbuka puasa.


Mahkamah turut mendengar tiada pengakuan daripada Nur Alif Mazlan tetapi beliau percaya bahawa Konstabel Norhalim Tumiran, 24 tertembak dirinya sendiri.


Namun Muhamad Nur Alif Mazlan, 28 tahun, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang telah dibacakan di hadapan Majistret Siti Hazwani Hanim Ramli.


Siti Hazwani kemudian menetapkan 06 Julai 2021 sebagai tarikh untuk sebutan semula kes berkenaan.


Dua lagi konstabel yang berusia 21 dan 23 tahun turut disiasat kerana terlibat dalam kejadian ini. Namun buat masa kini kedua-dua konstabel dibebaskan dan akan dipanggil semula sebagai saksi bagi kes tersebut.


Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Zulfadhli Tuah dan Rex Heng Yi Min, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Dalam kejadian pada 06 Mei 2021 yang lalu, Norhalim ditemui tersandar di sofa rumah sewa rakan-rakannya dengan kesan kecederaan teruk akibat tembakan di kepala.


Mangsa yang tinggal di rumah transit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu pergi ke rumah sewa rakannya di Lorong Permai Timur 9, untuk sama - sama rakannya bermain video sementara mereka menunggu waktu berbuka puasa tahun 2021.

 

Mangsa baharu sahaja sebulan bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Sibu selepas beliau menamatkan latihan asas Konstabel PDRM.

 

Jenazah Norhalim telah diterbangkan ke kampung halaman dan selamat dikebumikan di kampung halamannya di Felda Bukit Damar di Lanchang, Temerloh, Pahang pada 09 Mei 2021 yang lalu.

 


Allahyarham Norhalim meninggalkan balu, Nor Fitrah Ramli, 25, beserta seorang cahayamata perempuan mereka, Nur Asyfa Alisha yang baru berusia 14 bulan.

 

Al Fatihah serta Salam Takziah kepada Keluarga Mangsa.

 

>>>BACA LEBIH ARTIKEL<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/konstabel-ipd-sibu-dengan-sengaja.html

https://www.jacknjillscute.com/2020/12/viral-polis-rakam-adegan-seks-cabul.html 


@  Jackie San


1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/05/konstable-norhalim-mati-tertembak.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<