2022年7月12日火曜日

JOM KENALI 10 KUCING TERMAHAL DI DUNIA 2022

10 JENIS KUCING TERMAHAL DI ERA 2022

 

@Jr_Paku Midin Channel

Oh ya memang tidak dinafikan bahawa menjadi kenyataan adanya jenis kucing dengan harga kayangan. Malah ianya mencapai harga sebuah rumah mewah!!! Gituwwww. Kucing-kucing ini kekadang, ada yang tampil dengan fizikal yang amat lucu, unik dan juga mempunyai keistimewaannya tersendiri. Para pencinta kucing sememangnya rela mengeluarkan wang ringgit puluhan serta hingga ratusan ribu ringgit untuk memilikki kucing termahal harga kayangan ini. Tentu sahaja kita dapat melihat bahawa kebanyakan warga-warga artis mahupun golongan kayangan memelihara kucing-kucing mahal ini. 


Jom Kita Kenali 10 Jenis Kucing Termahal Kayangan Di Dunia Iaitu :


1# KUCING ASHERA - RM 593,000.00

2# KUCING SAVANNAH - RM 236,000.00

3# KUCING BENGAL - RM 118,000.00

4# KUCING PERSIA - RM 259,000.00

5# KUCING MAINE COON - RM 240,000.00

6# KUCING SCOTTISH FOLD - RM 141,000.00

7# KUCING SPHYNX - RM 141,000.00

8# KUCING RUSSIAN BLUE - RM 133,000.00

9# KUCING BRITISH SHORTHAIR - RM 70,000.00

10# KUCHING RAGDOLL - RM 50,000.00

 

HURAIAN DI SINI :

 

1# KUCING ASHERA - RM 593,000.00

Di tangga pertama jenis kucing termahal harga bak kayangan di dunia adalah Kucing Ashera. Tidak main-main harga seekor kucing ini boleh mencapai setengah juta ringgit. Jika dihitungkan, harga kucing ini boleh dikatakan cukup untuk membeli sebuah rumah mewah. Kucing Ashera menjadi jenis kucing termahal kerana kacukan terbaik di dunia.

 

@Jr_Paku Midin Channel

Kucing Ashera adalah hasil dari kacukan Serval Afrika, Kucing Domestik dan juga Macan Tutul Asia. Orang pertama yang mengkacukkan benih kucing ini adalah dari Lifestyle Pets. Lifestyle Pets adalah sebuah perusahaan di Amerika yang memang memfokuskan bagi mengkacukkan haiwan peliharaan yang bersifat genetik eksklusif (termahal).

 

Dikatakan juga bahawa, Lifestyle Pets menghasilkan lebih kurang 5-8 ekor generasi baka terbaik. Inilah hasil dan membuatkan kucing Ashera menjadi kucing yang tergolong harga kayangan termahal di dunia.

 

Dari segi penampilan fizikal Ashera, bulunya yang agak pendek dominan dan terlihat pola seperti kucing Macan Tutul Asia. Manakala di beberapa kawasan bahagian badan Kucing Ashera ini, nampak garis-garis kontras dan ukuran tubuh badan kucing Ashera amat besar dengan bentuk telinga yang agak runcing.

 

Untuk pengetahuan semua, kucing Ashera tidak liar dan juga tidak ganas. Kucing Ashera memang manja dan setia pada pemiliknya. Kucing Ashera amat cerdas dan aktif (energik).

 

2# KUCING SAVANNAH - RM 236,000.00

Tempat ke-2 adalah kucing jenis Savannah. Kucing Savannah boleh mencapai Rm 236,000.00. Savannah adalah jenis kucing yang amat aktif namun kucing ini amat setia kepada pemiliknya. Untuk pengetahuan semua, Justine Bieber (penyanyi popular) mempunyai dua (2) ekor kucing jenis Savannah.

 

Di Negara Jiran seperti Indonesia, Artis bernama Rachel Venya dan Muhammad Fardhan Khan juga memelihara kucing jenis Savannah ini. 

 

Kenapa kucing Savannah menarik ? Kucing jenis Savannah merupakan hasil kacukkan dari Serval Afrika dan juga Domestik Siam. Hasil Kacukkan kedua-dua jenis kucing tersebut telah menghasilkan kucing dengan penampilan fizikal yang eksotik sekali.

 

@Jr_Paku Midin Channel

Ciri fizikal Savannah adalah mempunyai leher yang panjang serta tubuh badannya yang ramping. Di samping itu juga bentuk kepala Savannah adalah segitiga, serta telinga yang amat besar dan juga panjang. Kucing ini juga memilikki kaki yang lebih panjang dari kucing pada umumnya. Banyak yang menyebut penampilan kucing Savannah menyerupai seekor Cheetah liar. Pada seluruh tubuh badan Savannah mempunyai bulunya yang pendek dan terdapat pola bintik-bintik hitam ataupun coklat tua yang begitu menarik perhatian kita.

 

Catster.com menulis bahawa Kucing Savannah mempunyai karakter dan juga perilaku yang amat unik. Hampir serupa dengan seekor anjing, Savannah sangat setia dan juga menyukai pemiliknya. Kucing ini amat senang bila dipakaikan gelang tali pada lehernya dan senang untuk dibawa berjalan-jalan ataupun bersiar-siar. Selain itu juga, Savannah juga amat aktif dan gemar bermain. Bahkan, jika diajak untuk berlibur ataupun berenang di dalam kolam renang, kucing Savannah amat menyukainya.

 

3# KUCING BENGAL - RM 118,000.00

Kucing jenis Bengal dengan bentuk fizikal warna bulu yang amat menarik membuatkan harga kucing Bengal ini begitu mahal. Tidak menjadi hairan bahawa kucing Bengal di antara jenis kucing termahal di dunia harga kayangan. Kucing Bengal adalah hasil dari kacukan Kucing American Shorthair dan Leopard Asia.

 

@Jr_Paku Midin Channel

Terdapat artis di dunia ini memilikki kucing Bengal seperti Citra Kirana, Lucky Hakim, Irfan Hakim, Kourtney Kardashian. Kucing Bengal amat eksotik dan menarik. 

 

Tubuh badan fizikal Kucing Bengal terdapat pola garis dan juga bintik yang menyerupai Leopard. Bentuk tubuh badannya juga amat besar dan mempunyai otot yang begitu menarik. Secara karakternya, kucing Bengal memilikki kekuatan dan energi yang amat tinggi di samping jenis kucing aktif. Namun, sifat kucing Bengal adalah amat setia dan penyayang kepada pemiliknya dan senang dibawa untuk tidur bersama.

 

4# KUCING PERSIA - RM 259,000.00

Kucing yang amat cantik dan berbulu tebal ini adalah di antara kucing termahal di dunia (harga kayangan). Kucing Persian memang menjadi pujaan serta amat diminati oleh ramai pencinta kucing. Termasuklah beberapa artis di Malaysia serta negara jiran seperti Indonesia. Artis Uya Kuya, Anisa Rahma, Andien Aisyah adalah peminat kucing Persian. Kucing jenis Persian memiliki bentuk fizikal yang besar jika dibandingkan dengan kucing tempatan.

 

Manakala, bentuk wajah Kucing Persian adalah berwajah bulat, dengan bentuk hidungnya yang cenderung pendek. Manakala bulu kucing Persia amat tebal, panjang serta amat halus. Jika kita lihat betul-betul, kucing Persia adalah mirip seperti boneka. Kucing Persian amat lucu dan juga geram apabila melihatnya. Selain itu, kucing Persian memilikki jenis mata yang sangat Agresif.

 

@Jr_Paku Midin Channel

Jika kita bandingkan dengan tiga (3) jenis kucing termahal di atas, karakter kucing persian ini adalah lebih tenang dan lebih senang dijaga. Ia sangat manja dan juga suka berada bersama-sama pemiliknya. 

 

5# KUCING MAINE COON - RM 240,000.00

Dari kenyataan tirthamcattery.com data survei CFA telah menunjukkan kucing Maine Coon adalah sejenis kucing popular kedua di dunia setelah jenis kucing Persian. Selain itu, kucing Maine Coon ini adalah di antara jenis kucing termahal di dunia.

 

Kucing Maine Coon adalah jenis kucing yang aktif dan juga manja serta mempunyai karakter fizikalnya begitu bernilai.

 

Kucing Maine Coon terkenal dengan jolokkan nama sebagai kucing raksasa (bentuk badan yang besar). Tubuh badannya yang tinggi, mempunyai otot, serta bertulang besar. Dikatakan bahawa panjang tubuh kucing Maine Coon jantan dewasa boleh mencapai 1 meter, dengan beratnya boleh mencapai sekitar 6-9 kg. Bagi kucing Maine Coon betina pula, ukuran tubuh badannya lebih kecil dengna berat sekitar 4-6 kg.

 

@Jr_Paku Midin Channel

Kucing Maine Coon memang jelas diperhatikan boleh membesar kerana diakibatkan bulu-bulu tebal di badannya dan juga halus. Ianya dapat diperhatikan pada leher, perut, kaki dan juga ekor Maine Coon. Manakala pada bahagian lehernya bulu Maine Coon amat panjang seperti seekor Singa. Bentuk dan warna ekor kucing Maine Coon menyerupai Racoon.

 

Selain itu juga, ciri - ciri lain yang ditonjolkan oleh kucing Maine oon adalah pada bahagian telinga. Telinga kucing Maine Coon berukuran amat besar, bentuk telinga adalah lebar di bahagian bawah, dan melancip di hujung atasnya pula. Di sekitar telinga kucing Maine Coon juga ada bulu nipis yang tumbuh tegak seperti sebuah antena. 

 

6# KUCING SCOTTISH FOLD - RM 141,000.00

Untuk yang ke-6, jenis kuning termahal di dunia adalah dari jenis Scottish Fold. Artis di dunia seperti Tyas Mirasih, Nagita Slavina, dan juga Pevita Pearce turut memelihara kucing jenis Scottish Fold. Mereka menjadikan Scottish Fold kucing kesayangan mereka di rumah. Artis-artis ini sering berkongsi kucing kesayangan mereka di media sosial.

 

Kucing jenis Scottish Fold memang istimewa. Harga kucing ini tergolong di antara kucing termahal di dunia. Ianya bergantung kepada penampilan fizikal kucing Scottish Fold. Kucing Scottish Fold berasal dari Skotlandia.

 

@Jr_Paku Midin Channel

Kucing Scottish Fold amat mudah dikenali apabila melihat bentuk fizikal kucing ini. Ciri-ciri khas kucing Scottish Fold adalah pada daun telinga yang terlipat ke depan. Daun telinga yang terlipat ke depan ini terjadi akibat daripada mutasi genetik yang mempengaruhi struktur tulang asal kucing tersebut.

 

Selain itu juga, Kucing Scottish Fold memilikki wajahnya yang bulat, serta bentuk lehernya yang amat pendek. Wajah asal kucing ini seperti murung namun, karakter asal kucing Scottish Fold adalah sangat ceria dan amat rapat dengan pemiliknya (manja). Kucing Scottish Fold sangat akrab dengan pemiliknya, mudah bersosial serta suka bermain.

 

7# KUCING SPHYNX - RM 141,000.00

Kucing ke-7 dengan harga termahal di dunia adalah kucing Sphynx. Kucing Sphynx adalah berasal dari Toronto. Artis di dunia yang memelihara dan menyayangi kucing ini adalah seperti Raditya Dika, Jennifer Aniston, Steven Teyler, dan Carol Meir yang memelihara kucing Sphynx di rumah mereka. Kucing ini tergolong di antara kucing termahal di dunia.

 

@Jr_Paku Midin Channel

Secara fizikal kucing ini, kucing Sphynx dilihat sangat berbeza dengan kucing yang lain. Kucing Sphynx mempunyai bentuk wajah yang lebar, dengan bentuk telinga yang juga lebar dan besar. Kucing Sphynx tergolong dalam kalangan kucing Shorthair Cat.

 

Kucing Sphynx mempunyai bulu yang amat nipis dan nampak seakan-akan tidak berbulu. Jika kita amati mahupun memegang tubuh Sphynx, di seluruh tubuh badannya sebenarnya terdapat bulu-bulu halus yang teksturnya menyerupai bahan Suede.

 

Kucing Sphynx memiliki beberapa variasi warna. Ada juga Kucing Sphynx berwarna hitam, putih, coklat dan juga gabungan warna dari beberapa pola warna tersebut di atas. Kucing Spynx mempunyai energi yang kuat dan amat lincah. Kucing ini amat suka bermain, dan amat manja jika dipegang lebih-lebih lagi jika dipegang oleh pemiliknya.

 

8# KUCING RUSSIAN BLUE - RM 133,000.00

Jenis kucing termahal menduduki tangga ke-8 adalah jenis kucing Russian Blue. Kucing Russian Blue adalah kucing yang berasal dari Arkhangelsk Rusia. Kucing ini memilikki penampilan fizikal yang begitu elegan. Bulu badannya amat pendek, tetapi sangat tebal dan juga amat lembut sekali bulu tubuhnya. Sesuai bagi namanya, kucing ini memiliki warga bulu abu-abu kebiruan.

 

Russian Blue jenis kucing yang memilikki bentuk wajahnya segitiga dengan matanya yang bulat berwarna kehijauan. Warna hijau ini akan lebih terang apabila kucing menjadi dewasa. Dari bentuk tubuh fizikal kucing ini, Russian Blue memilikki bentuk tubuh yang panjang, ramping serta aktif bermain.

 

Berat badan Russian Blue rata-ratanya sekitar 3.5-7 kg. Dengan bentuk tubuhnya, menjadikan kucing Russian Blue amat lincah bermain serta kuat melompat-lompat. Dari segi perilaku pula, Russian Blue sangat cerdas dan juga kekadang menjadikan Russian Blue amat lucu. Kucing jenis ini amat setia kepada pemiliknya dan suka untuk berdampingan dengan pemiliknya. Sesuailah jika dalam kerisauan maupun kesedihan, Kucing Russian Blue boleh menyembuhkan kita.

 

@Jr_Paku Midin Channel


9# KUCING BRITISH SHORTHAIR - RM 70,000.00

Kucing ke-9 yang bernilai dan di antara termahal di dunia adlaah dari jenis British Shorthair. Karakter kucing British Shorthair adalah kucing penurut perintah, mudah manja serta senang didampingi. Ramai artis di dunia mengemari kucing British Shorthair ini seperti Tyas Mirasih, Ayudia Bing Slamet, Adele, dan Sam Smith turut memelihara kucing ini. Kucing British Shorthair amat menarik dan menawan kita semua. 

 

Segelintir juga menjelaskan bahawa kucing British Shorthair amat mirip dengan Russian Blue Cat. Boleh dilihat warna bulunya iaitu abu-abu kebiruan.

 

@Jr_Paku Midin Channel

Warna popular kucing British Shorthair adalah dalam variasi warna lain seperti lilac, hitam, putih dan juga tabby. British Shorthair memilikki bentuk wajah yang lebih bulat dan juga warna kuning pada matanya. Bagi bentuk fizikal tubuh badannya, kucing ini terlihat cenderung bulat, gemuk dan kakinya yang agak pendek. Geram melihatnya.

 

10# KUCHING RAGDOLL - RM 50,000.00

Kucing ke-10 termahal di dunia adalah dari jenis Ragdoll. Ragdoll adalah kucing yang berasal dari California, Amerika Syarikat dan kucing ini pertamanya ditemui pada tahun 1960-an. 

 

@Jr_Paku Midin Channel

Kucing Ragdoll hampir sama sifatnya seperti Maine Coon, kucing Ragdoll juga memilikki ukuran tubuh badan yang amat besar. Selain itu, berat badan kucing Ragdoll bagi dewasa jantan boleh mencapai sekitar 5.5-9 kg. Bagi kucing betina dewasa pula beratnya boleh mencapai sekitar 3.5-6 kg. Ciri-ciri khas lain yang ada pada kucing Ragdoll adalah matanya yang berwarna biru dan juga mempunyai bulu yang amat panjang dan juga amat lembut seperti sutera.

 

Kucing jenis Ragdoll memilikki sifat yang amat santai dan juga ramah serta mudah didampinggi. Kucing Ragdoll suka berdampingan dengan pemiliknya serta amat suka bermain. Artis seperti Taylor Swift, Sylverter Stallone, dan Lisa Blackpink amat jatuh cinta pada kucing Ragdoll dan mempunyai kucing ini di rumah mereka. Artis-artis ini bukan memilikki hanya satu malah lebih dari satu ekor kucing jenis Ragdoll di rumah mereka sebagai peliharaan kesayangan mereka di rumah.

 

INILAH 10 JENIS KUCING TERMAHAL DI DUNIA ERA TAHUN 2022 INI. 

 

>>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/aktiviti-memancing-di-sungai-medait.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/curahan-air-panas-mengelegak-ke-badan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/kugar-serang-kanak-kanak-9-tahun.html 


 

@ Jackie San 

 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/07/iraq-hadapi-gelombang-baharu-covid-19.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<