2022年7月2日土曜日

MENGEDAR 134.6 GRAM METHAMPHETAMINE 3 SAHABAT KE TALI GANTUNG

MENGEDAR 134.6 GRAM METHAMPHETAMINE 3 SAHABAT KE TALI GANTUNG

 


KOTA BHARU, KELANTAN : Tiga (3) sahabat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, Kota Bahru, Kelantan pada 12 Jun 2022 (Ahad) atas pertuduhan mengedar dadah berbahaya iaitu 134.6 gram Methamphetamine pada Mac Tahun 2018.

 

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas ketiga-tiga tertuduh, iaitu Mohd Nazri Mohamed, 38; Mat Zainudin Mansor, 38: dan Ismail Jusoh, 47, yang mana gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan di akhir kes pembelaan.

 

Semua tertuduh didakwa mengedar 134.6 gram Methamphetamine kira-kira jam 1430 peang di sebuah wakaf di tepi jalan kawasan sawah di Kampung Bendang Keladi, Tanah Merah pada 21 Mac 2018.

 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati.

 

Wan Ahmad Farid dalam alasan penghakiman berkata, ketika serbuan dilakukan oleh pihak polis, semua tertuduh berada di wakaf berkenaan dan melarikan diri.

 

Katanya lagi, alasan tertuduh baru sampai di lokasi selain tidak tahu berkaitan barang kes tidak boleh diterima oleh mahkamah.

 

" Mahkamah menjatuhkan hukuman ini selepas mendapati keterangan semua tertuduh tidak boleh dipercayai," katanya.

 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Anuar Wahab dan semua tertuduh diwakili oleh peguam.

 

Ketiga-tiga tertuduh telah dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan atas dakwaan memiliki racun iaitu 9.2 gram Caffiene pada Mac 2018.

 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) Akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM 3,000 atau penjara tidak lebih satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Sementara itu juga, mengikut pertuduhan pindaan, ketiga-tiga tertuduh dijatuhi hukuman penjara enam (6) bulan atas pertuduhan masing-masing Ismail memilikki 0.30 gram, Mat Zainuddin memilikki 0.19 gram dan Mohd Nazri 0.20 gram dadah jenis Methamphetamine.

 

Mereka telah didakwa melakukan kesalahan di kawasan sawah Kampung Bendang Keladi, Tanah Merah, Kelantan pada jam 1315 petang pada 21 Mac Tahun 2018.

 

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM 100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

 

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditahan.

 

>>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<<

 https://www.jacknjillscute.com/2022/05/peguam-heret-kerajaan-ke-mahkamah.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/lima-rentung-dan-pemandu-treler-didakwa.html 

 


@ Jackie San

 

 

 

 

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...