2022年8月10日水曜日

ANGGOTA POLIS & JURURAWAT DERA BAYI DITAHAN BANTU SIASATAN - PERAK

ANGGOTA POLIS DERA BAYI DITAHAN BANTU SIASATAN - PERAK

 

@Jackie San

PULAU PANGKOR, PERAK : Teman lelaki ibu kepada bayi berusia lapan bulan yang meninggal dunia dipercayai didera di Sungai Siput pada 26 Julai 2022 (Selasa) ditahan polis untuk membantu siasatan.


Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, memaklumkan bahawa lelaki yang berusia 30-an yang juga seorang anggota polis bertugas di luar Perak, ditahan di Sungai Siput, Perak.


" Suspke yang juga kini dalam tahanan kerja, direman tujuh (7) hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

" Kita yakin dengan penahanan dua (2) suspek ini berjaya menyelesaikan kes," jelasnya pada Majlis Perasmian Balai Polis Pulau Pangkor, di sini pada 27 Julai 2022.

 

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

 

Mengulas lanjut, Mior Faridalathrash turut mengesahkan, kecederaan pada badan mangsa adalah kesan baharu dan lama menggunakan objek tumpul.

 

Beliau turut menyatakan bahawa siasatan lanjut masih diteruskan termasuk mengenal pasti sudah berapa lama mangsa dipercayai didera oleh pesalah.

 

Media turut melaporkan bahawa seorang bayi lelaki yang berusia lapan bulan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di badan akibat objek tumpul.

 

Susulan kejadian itu, ibunya yang berusia 30 tahun dan bekerja sebagai jururawat direman tujuh (7) hari sehingga Isnin 01 Ogos 2022 bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

>>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

 https://www.jacknjillscute.com/2022/07/penyakit-misteri-menyerang-tanaman.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/mengedar-1346-gram-methamphetamine-3.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/penyertaan-sweden-finland-dalam-nato.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/wanita-hina-agama-islam-kelab-komedi.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/remaja-melayu-berlagak-hero-melaka.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/atas-kebodohan-sendiri-wanita-sanggup.html 

 


@ Jackie San



2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/08/skuad-memanah-negara-kecundang-lagi.html

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/08/muhammad-azeem-gagal-menyumbang-pingat.html

    返信削除

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...