2022年11月30日水曜日

PETUGAS SURUHAN JAYA PILIHAN RAYA MENINGGAL DUNIA KETIKA BERTUGAS

PETUGAS SURUHAN JAYA PILIHAN RAYA MENINGGAL DUNIA KETIKA BERTUGAS

@Jackie San


PETALING JAYA, SELANGOR: Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meninggal dunia ketika sedang bertugas di Sekolah ACS Methodist, Jalan Raya Barat, Klang pada 19 November 2022 (Sabtu).


Dalam kejadian pada jam 12.15 tengahari, mangsa berusia 45 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri dengan pihak ambulans membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor bagi rawatan susulan.


Ketua Polis Klang Selatan Cha Hoong Fong, memaklumkan mangsa dirawat di Zon Kecemasan HTAR Klang, namun pemeriksaan lanjut mendapati mangsa telah meninggal dunia.


" Hasil siasatan awal pihak polis dan keterangan isteri mangsa menyatakan bahawa mangsa sebelum ini pernah menerima rawatan sebagai pesakit jantung," katanya dalam satu kenyataan.


Selain tiu, mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, HTAR Klang, Selangor untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.


" Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.


Beliau turut memaklumkan, polis menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh menggugat ketenteraman awam.


>>>BANYAK LAGI ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2022/11/fadillah-takes-detour-from-campaign-to.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/11/for-sustainability-clear-and-bold.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/11/blind-widow-84-recovers-nearly-rm.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/11/rm2-mil-by-age-30-i-saved-which-i-used.html

@Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<