2023年1月8日日曜日

BETAPA LEMAHKAN KESELAMATAN NEGARA SAMPAIKAN PENCEROBOH BERJAYA MENAWAN MENARA MERDEKA 118

BETAPA LEMAHKAN KESELAMATAN NEGARA SAMPAIKAN PENCEROBOH BERJAYA MENAWAN MENARA MERDEKA 118

 

@Jackie San

PETALING JAYA, SELANGOR : Saifuddin Nasution Ismail menunggu laporan penuh siasatan terhadap pasangan dari Negara Russia yang dipercayai berjaya menawan puncak Menara Merdeka 118 baru-baru ini.


Menteri dalam negeri itu turut memaklumkan bahawa, untuk itu beliau mahu media memberi ruang kepadanya berpendapat adalah pramatang untuknya mengulas selagi belum mendapat laporan penuh pihak berkuasa.


" Adalah pramatang untuk saya beri sebarang jawapan dahulu. Saya diberi makluman bahawa proses siasatan sedang dilakukan, bagi ruang untuk saya dapat laporan sepenuhnya sebelum mengulas," katanya lapor kepada Berita Harian.

 

Saifuddin berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing, di Putrajaya.

 

Beliau ditanya sama ada pihak berkuasa sudah mengenal pasti keberadaan pasangan berkenaan dan status siasatan terkini insiden terbabit.

 

Terdahulu, gambar pasangan itu, Ivan Beerkus dan Angela Nikolau dari puncak bangunan kedua tertinggi di dunia berkenaan dimuat naik di laman sesawang SkyscraperCity. com.

 

Pasangan itu dipercayai menggunakan dron untuk mengambil gambar dan memanjat tangga dari dalam menara untuk ke puncak.

 

Hari ini, Ketua Polis Dang Wangi Noor Delhan Yahaya memaklumkan, polis sudah memperoleh laporan analisis pemilik media sosial pasangan Russia itu.

 

Katanya, analisis forensik dijalankan ke atas video dimuat naik pasangan terbabit di media sosial selain bantuan daripada Jabatan Imigresen bagi mengesan kemasukan perjalanan keluar masuk pasangan Russia berkenaan ke Malaysia.

 

>>>BANYAK LAGI ARTIKEL DI SINI<<< 

 https://www.jacknjillscute.com/2019/12/fitnah-jatuhkan-menteri-sebarkan-video.html

https://www.jacknjillscute.com/2020/02/sajat-persendakan-islam-mujahid.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/04/sajat-harus-dihukum-persenda-islam.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/kejam-tentera-russia-musnahkan-habis.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/amerika-syarikat-akan-menyekat-negara.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/12/viral-bebendar-mutarkan-isu-tanah-ncr.html 

 


@Jackie San



 

 

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

JAPAN FESTIVAL'S AND YOU MUST KNOW FAMOUS FESTIVAL IN JAPAN

JAPAN FESTIVAL'S AND THINGS TO KNOW FAMOUS FESTIVAL IN JAPAN @Jackie San Japan's festivals are important to its culture and history....