PAGES

2025年9月29日月曜日

VIRAL - INKUES KEMATIAN ZARA QAIRINA :PEGUAM AKUI CABARAN KENAL PASTI DIARI, BUKU, HELAIAN KERTAS TULISAN ARAWAH - KOTA KINABALU, SABAH

VIRAL - INKUES KEMATIAN ZARA QAIRINA :PEGUAM AKUI CABARAN KENAL PASTI DIARI, BUKU, HELAIAN KERTAS TULISAN ARAWAH - KOTA KINABALU, SABAH

@Jr_Paku Midin Channel


KOTA KINABALU: Usaha mengenal pasti kesahihan tulisan Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, selain kronologi penulisannya dan berapa jumlah sebenar buku dimiliki pelajar itu menjadi cabaran dihadapi dalam inkues sedang berjalan di Mahkamah Koroner, di sini.


Peguam mewakili keluarga Zara Qairina, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh mengakui berdepan cabaran mengenal pasti masa penulisan dokumen kerana kebanyakan tulisan remaja itu tidak disertakan dengan tarikh.


Ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu hari ini, beliau berkata, terdapat dokumen berupa buku yang diserahkan kepada pakar forensik untuk diteliti, namun sebahagiannya belum sempat ditender kepada mahkamah serta dianalisis oleh Jabatan Kimia.


Mohd Syarulnizam menambah, gaya tulisan Allahyarham adalah agak lazim dalam kalangan kanak-kanak yang sedang melalui fasa peralihan ke usia remaja, justeru lebih banyak sampel tulisan Zara dari beberapa tahun lalu akan diteliti.


"Ia dipanggil 'copy printing' – di mana kanak-kanak sekolah rendah menulis dengan huruf bulat besar. Perkara ini memerlukan analisis teliti bagi menentukan sama ada tulisan itu sama atau tidak. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada bukti yang ditender," katanya.


Beli replika buku 'Love and Peace'

Beliau turut memaklumkan pasukannya membeli beberapa replika buku "Love and Peace" yang dipercayai milik Zara dan telah ditandakan sebagai eksibit di mahkamah.


Katanya, mereka dimaklumkan terdapat beberapa helaian buku berkenaan yang sudah dikoyak dan ditenderkan sebagai bukti.


"Tujuan kami adalah meneliti proses rekonstruksi, khususnya bagi buku Love and Peace ini, kerana helaian yang dikoyak dipercayai datang daripada buku itu – sekurang-kurangnya pada pemerhatian kasar. Kami juga mahu melihat sama ada terdapat helaian lain yang hilang atau ditambah. Ini antara objektif kami, iaitu meliputi lebih banyak aspek," katanya.


Tambahnya lagi, wujud kemungkinan berlaku gangguan terhadap buku-buku tersebut kerana ia sebelum ini disimpan di tempat yang mudah diakses oleh sesiapa termasuk rakan sekolah.


Pasukan itu juga memberi perhatian untuk menyusun dokumen yang ditender mengikut kronologi.


"Jadi, kita perlu tambah semua supaya dokumen ini perlu dia contemporaneous, dia perlu ada kesinambungan. Dari tahun 2006, tulisan tahun lalu sehingga tahun ini, sehingga akhir-akhir masa, bulan tujuh (Julai). Jadi, kita perlukan kesahihan dari setiap gaya tulisan. Salah satu cabaran yang kita dapat dari analisis (pakar sebelum ini).


"Saya fikir ini akan jadi cabaran juga. Kebanyakan tulisan-tulisan arwah tidak menggunakan tarikh. Kita ada susun kronologi," katanya.


Analisis DNA

Mohd Syarulnizam menambah, buku Love and Peace antara yang telah diambil dan telah dihantar untuk analisis DNA.


"Jadi, dari sini kita lihat jumlah buku ini 240 buka surat, yang ditender (dikemukakan di mahkamah) 15 keping (muka surat). Jadi, buku yang tinggal itu, berapa (muka surat) yang tinggal di dalam dan berapa yang tidak ada.


"Soalan yang kita perlu ajukan. Setakat ini, berapa buku yang milik Zara? Yang telah ditender kita tahu ada 3. W1, W2, W3 dan cebisan kertas Y1 hingga Y15, 15 keping (helai). Jadi, yang kita faham, ada jumlah lebih kurang 27 item. Kita perlu asingkan mana yang dokumen, mana yang bukan dokumen.


"Salah satu lagi dokumen yang kita harap dapat maklumat ialah buku catatan solat Zara," katanya menambah pakar-pakar berkaitan dapat memberi kepastian berkaitan dokumen yang dikaitkan, namun akan memerlukan masa.


Mohd Syarulnizam berkata, tiga pakar forensik bebas hadir hari ini untuk memeriksa dokumen berkaitan Allahyarham, iaitu Tay Eue Kam, Dr Dzulkiflee Ismail dan Dr Wan Nur Syuhaila Mat Desa.


Eue Kam adalah pemeriksa dokumen, manakala Dr Dzulkiflee dan Wan Nur Syuhaila ialah pensyarah kanan serta penyelidik Program Sains Forensik Universiti Sains Malaysia (USM).


Menurut Mohd Syarulnizam yang mewakili keluarga Zara Qairina, pemeriksaan akan dijalankan mulai hari ini hingga Jumaat.


Semak bahan bukti guna sinaran UV, inframerah

Dari segi kaedah, katanya, pasukan itu menggunakan peralatan seperti sinaran UV, inframerah, pengesan elektrostatik untuk mengesan sama ada tulisan dipadamkan; selain alat pengesan cap jari.


"Apa yang ingin kita capai dengan pemeriksa dokumen ini ialah meneliti lebih banyak aspek dokumen yang telah ditandakan (sebagai bukti) di mahkamah.


"Minggu lalu, kita sudah ada seorang pakar, Dr Lintihni Gannetion, yang mengkhusus dalam analisis tulisan tangan dan memeriksa tulisan pada kertas serta buku bertanda.


"Minggu ini pula, kita meneliti dokumen secara keseluruhan – termasuk analisis dakwat, pen yang digunakan, sama ada terdapat tanda pengubahsuaian, penambahan atau penghapusan," katanya pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.


Pada hari ketiga prosiding inkues sebelum ini, mahkamah telah memanggil saksi pemeriksa dokumen Jabatan Kimia Petaling Jaya, Nurul Atiqah Mohd Nor, yang meneliti 21 eksibit termasuk helaian koyak, buku, buku teks sekolah dan buku latihan.


Inkues selama 17 hari, memasuki hari ke-13 hari ini dengan setakat ini 10 saksi sudah dipanggil memberi keterangan.

>>>MORE ARTICLE JUST CLICK AND READ<<<

https://www.jacknjillscute.com/2025/08/viral-kes-zara-qairina-tiga-pegawai.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/09/heres-what-dr-jessie-hiu-testified.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/08/japan-to-invite-nuclear-disarmament.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/09/2-new-key-findings-experts-revealed-at.html



@Jr_Paku Midin Channel

3 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2025/09/viral-kes-zara-qairinia-plot-twist.html

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2025/09/heres-what-dr-jessie-hiu-testified.html

    返信削除
  3. https://www.jacknjillscute.com/2025/09/2-new-key-findings-experts-revealed-at.html

    返信削除