PAGES

2025年8月22日金曜日

VIRAL BUKTI JELAS SIAPA PEMBUNUH ZARA QAIRINA - JABATAN PEGUAM NEGARA

VIRAL BUKTI JELAS SIAPA PEMBUNUH ZARA QAIRINA - JABATAN PEGUAM NEGARA 

@Jr_Paku Midin Channel


KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk menuduh beberapa suspek yang terbabit dalam kes buli Zara Qairina Mahathir.


Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada keterangan yang ada hasil penelitian kertas siasatan yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian pelajar berusia 13 tahun itu.


Bagaimanapun, AGC tidak mendedahkan sebarang identiti mengenai suspek-suspek yang akan dituduh.


"Keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan mengganggu proses inkues yang akan berjalan.


"Jabatan ini menegaskan bahawa walaupun keputusan untuk menuduh suspek-supek bagi kesalahan buli dibuat, namun keputusan tersebut tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh PDRM berhubung kes kematian Zara Qairina, termasuk prosiding inkues yang akan dijalankan mahkamah," katanya melalui kenyataan media.


Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memaklumkan polis sudah menyerahkan kertas siasatan berkaitan kematian Zara Qairina kepada AGC pagi tadi untuk meneruskan proses seterusnya.


Beliau berkata, kertas siasatan itu diserahkan selepas soal siasat terhadap 195 saksi dibuat.


Hari ini, Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan bulan depan untuk prosiding inkues berhubung kematian pelajar itu, yang akan menentukan sama ada terdapat unsur jenayah yang membawa kepada kematiannya.


Ia susulan arahan daripada AGC supaya inkues dijalankan terhadap kematian Zara Qairina, susulan laporan siasatan yang dikemukakan PDRM sebelum itu.


Rabu lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata siasatan pasukan petugas khas berhubung kematian Zara Qairina menjurus ke arah berlakunya buli sebelum kejadian.


Katanya, ia hasil keterangan yang dirakamkan dan dapatan siasatan setakat ini, dan susulan itu satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 507D (2) Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut.


Khamis lalu, peguam mewakili keluarga Zara Qairina mencadangkan AGC mendakwa individu yang terbabit dalam perbuatan buli, berdasarkan keterangan yang diberikan kepada polis berkaitan kes kematiannya.


Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu pada 17 Julai lalu.


Terdahulu, dia dimasukkan ke hospital selepas dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar pada jam 4 pagi, 16 Julai.


Kematian Zara Qairina mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan.


Pada 8 Ogos, AGC mengarahkan pihak berkuasa menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazahnya.


Pada 9 Ogos, kubur Zara Qairina di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang digali semula dan jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat, sebelum selamat dikebumikan semula pada awal pagi keesokannya di tanah perkuburan sama.

>>>MORE ARTICLE JUST CLICK AND READ<<<

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/13-pelajar-mengundang-padah-akibat.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/08/peguam-agak-bimbang-kematian-zara.html

https://www.jacknjillscute.com/2024/07/pembunuhan-zulfarhan-amat-kejam-dan.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/08/dibakar-hidup-hidup-remaja-dituduh-curi.html



@Jr_Paku Midin Channel


0 件のコメント:

コメントを投稿