PAGES

2025年9月9日火曜日

Peguam keluarga Zara mohon terbabit proses inkues - Kuala Lumpur Malaysia

Peguam keluarga Zara mohon terbabit proses inkues - Kuala Lumpur Malaysia

@Jr_Paku Midin Channel


Kuala Lumpur: Peguam mewakili keluarga Zara Qairina Mahathir memohon kepada koroner agar diberi peluang untuk terbabit dalam proses inkues.


Peguam keluarga Allahyarham, Shahlan Jufri berkata, demikian selepas Jabatan Peguam Negara (AGC), hari ini, mengarahkan supaya prosiding inkues dilakukan.


"Dengan keputusan itu, semua perkara yang kami pohon daripada AGC dalam surat kami bertarikh 5 Ogos 2025 telah dipenuhi.


"Kami berharap prosiding inkues akan berjalan lancar dan tamat dalam masa yang pendek. Keadilan bagi Zara adalah matlamat utama kami dalam semua tindakan yang kami lakukan.


"Kami mengucapkan terima kasih kepada AGC yang membuat keputusan untuk menjalankan inkues selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah bertujuan menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina," katanya dalam satu kenyataan.


Hari ini, AGC mengarahkan supaya prosiding inkues dilakukan susulan kematian Zara Qairina Mahathir.


AGC menerusi kenyataan berkata, keputusan itu dibuat susulan laporan siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.


"Prosiding inkues ini bertujuan menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina.


"Proses ini akan dikendalikan di Mahkamah Koroner secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang," kata kenyataan itu.

>>>MORE ARTICLE JUST CLICK AND READ<<<

https://www.jacknjillscute.com/2023/12/motif-kes-pembunuhan-zayn-rayyan-polis.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/05/viral-malaysia-berduka-ibu-gajah.html

https://www.jacknjillscute.com/2024/08/selisih-faham-takut-rahsia-terbongkar.html

https://www.jacknjillscute.com/2024/07/pembunuhan-zulfarhan-amat-kejam-dan.html



@Jr_Paku Midin Channel

3 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2025/08/peguam-agak-bimbang-kematian-zara.html

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2025/08/viral-kes-zara-qairina-diklasifikasi.html

    返信削除
  3. https://www.jacknjillscute.com/2025/08/viral-kes-zara-qairina-tiga-pegawai.html

    返信削除