2023年12月22日金曜日

MOTIF KES PEMBUNUHAN ZAYN RAYYAN : POLIS 2 JAM PERIKSA RUMAH & BAWA KELUAR 2 KOTAK MISTERI

MOTIF KES PEMBUNUHAN ZAYN RAYYAN : POLIS 2 JAM PERIKSA RUMAH & BAWA KELUAR 2 KOTAK MISTERI 

@Jackie San


PETALING JAYA: Beberapa objek yang dipercayai boleh memberi petunjuk bagi merungkai pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin diperoleh polis menerusi pemeriksaan dari rumah ke rumah di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini malam tadi.


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata polis seterusnya akan menjalankan analisis ke atas objek berkenaan, sama ada ia mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan kanak-kanak istimewa berusia enam tahun berkenaan pada Rabu minggu lalu.


"Kita perlu analisis terlebih dahulu semua penemuan-penemuan ini dan masih berusaha mengumpul bukti secukupnya," katanya ketika dihubungi hari ini, namun enggan mendedahkan jenis objek diperoleh polis dalam pemeriksaan dijalankan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.


Dalam pada itu, beliau berkata, buat masa ini, belum ada perkembangan positif berhubung kes berkenaan dan polis masih meneruskan siasatan dalam usaha menjejak pembunuh Zayn Rayyan.


Ditanya sama ada polis mengeluarkan sebarang arahan khusus terhadap penduduk untuk kekal di blok mereka ketika pemeriksaan dijalankan, Hussein memaklumkan, penduduk boleh melakukan rutin harian mereka seperti biasa.


"Jika kita lakukan pemeriksaaan dan mereka tiada di rumah atau berada di luar kawasan, kita akan tunggu dan panggil mereka untuk 'mass DNA screening' (saringan DNA beramai-ramai)," katanya.


Terdahulu, anggota Unit Forensik PDRM yang menjalankan pemeriksaan selama kira-kira dua jam di setiap rumah di Blok R Apartmen Idaman malam tadi, dilihat membawa keluar dua kotak, dipercayai berisi bahan bukti bagi membantu siasatan.


Lebih 25 anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan pemeriksaan itu, bermula jam 8.40 malam tadi dan berakhir kira-kira 10.30 malam. Pemeriksaan dilihat bertumpu di tingkat dua dan tiga blok berkenaan yang mempunyai lima tingkat.


Mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai berdekatan takungan air, 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, kira-kira jam 10 malam pada 6 Disember lalu.


Kematiannya pada awal diklasifikasi sebagai mati mengejut, tetapi kemudian disiasat sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

>>>MORE VIDEO JUST CLICK HERE FOR READ<<<

https://www.jacknjillscute.com/2023/05/amat-kejam-angkara-perempuan-lain.html

https://www.jacknjillscute.com/2023/02/sedih-remaja-indonesia-sanggup-bunuh.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/19-murid-2-guru-mati-ditembak-texas.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/wanita-india-dirogol-dibunuh-dibakar.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/zulfarhan-dibunuh-kejam-berpunca.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/kematian-remaja-basikal-belum-terungkai.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/remaja-rempuh-pekerja-ketika-memandu.html



@Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

MISSING WOMAN RESCUED NEAR TOKYO AFTER 36 HOURS ADRIFT AT SEA - YOKOKUSA JAPAN

MISSING WOMAN RESCUED NEAR TOKYO AFTER 36 HOURS ADRIFT AT SEA - YOKOKUSA JAPAN @Jackie San YOKOSUKA, Japan A woman was rescued from the sea ...