Wednesday, 22 January 2020

Kad Emas Kenyalang Jalan Terbaik Tebus Kepercayaan Pimpinan GPS Sarawak

KENYALANG GOLDEN CARD - Bantu Warga Emas Sarawak

KERAJAAN SARAWAK khasnya di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berjanji dalam era Tahun 2020 ini tidak akan melupakan jasa dan mengorbanan kebajikan warga emas walaupun golongan muda menjadi penggerak utama bagi merealisasikan transformasi kerajaan negeri dan juga negara.

Sebab yang demikian, hampir RM 24.4 Juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Abang Jo dalam inisiatif terbaiknya mewujudkan Kad Emas Kenyalang (KGC) yang dirangka memberikan manfaat kepada hampir 16 peratus (bersamaan hampir 530,000 orang) populasi warga emas yang berusia rata-ratanya 60 tahun dan ke atas menjelang tahun 2030 nanti.

Sebelum ini Datuk Seri Fatimah Abdullah iaitu Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak berkata, kemudahan yang disediakan itu antara inisiatif terpenting kerajaan negeri bagi menjaga, menghargai kebajikan dan kesejahteraan golongan berkenaan agar tidak dilupakan. 

 Bermulanya minggu ini Januari 2020, antara manfaat yang dinikmati oleh pemegang kad itu ialah rawatan di klinik dan juga hospital, diskaun penerbangan dan pengangkutan awam, perlindungan insurans, serta Bantuan Khairat Kematian yang disediakan berjumlah RM 3,000.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Netizen turut meluahkan rasa gembira yang rata-rata menyokong penuh usaha murni Kerajaan Sarawak dikatakan terbaik berbanding Negeri lain Di Malaysia yang mebela nasib warga emas.

"Kad ini amat membantu khususnya golongan bukan pesara kerajaan dan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap sebelum ini untuk menikmati perlindungan insurans.

"Sekurang-kurangnya warga emas yang tidak berkemampuan turut mempunyai jaminan kebajikan dengan menikmati insurans yang ditawarkan," kata Sudan Kana, 60 tahun yang juga merupakan suri rumah sepenuh masa berasal dari Bahagian Kapit itu.

Selain itu, Latit Sigeh, 58 tahun turut menyatakan bahawa kad kenyalang emas itu sedikit sebanyak membantu kebajikan warga emas ketika mencapai usia 60 tahun kelak. Di samping meringankan bebanan ahli keluarga, perbelanjaan harian yang semakin tinggi serta peningkatan taraf hidup mengikut peredaran tahun.

"Apabila sudah tua, warga emas yang rata-rata 60 tahun ke atas apa yang nampak sekarang disisihkan, dibuang, dihantar ke rumah kebajikan. Dengan adanya inisiatif kerajaan ini, saya yakin saban hari warga emas akan boleh berdikari kerana dengan adanya kad ini membantu meringankan masalah sedia ada serta jaminan untuk terus hidup tanpa disisihkan. 

"Seperti diumumkan kerajaan negeri, pemegang kad ini menikmati manfaat rawatan di klinik dan juga hospital.

"Justeru itu, saya amat berharap inisiatif ini dapat memudahkan urusan warga emas ketika menerima rawatan di klinik dan juga hospital kelak," tambah Latit.

Sementara itu, bagi penduduk di kawasan Long Bemang Baram, Ngay Jau, 62 Tahun, Bantuan Khairat Kematian dapat meringankan serta membantu urusan pengebumian yang sempurna bagi yang tidak berkemampuan. Kita sedari kos pengebumian, urusan jenazah saban hari meningkat. Kad serta kelebihan yang disediakan oleh kerajaan negeri ini memang amat membantu serta bersyukur dengan pimpinan serta inisiatif Kerajaan Sarawak.

Menurut Ngau, sekurang-kurangnya inisiatif itu dapat membantu warga emas yang kurang berkemampuan khususnya yang tinggal sebatang kara.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Mereka yang sakit melarat termasuk pihak yang menjaga golongan warga emas ini ialah golongan yang paling banyak mengharungi kesukaran, kepayahan serta perlu banyak bersabar. Semoga Tuhan memberkati tugas mereka ini. 

"Dengan kad kenyalang Gold ini, diharap golongan warga emas seperti kami mempunyai jaminan yang baik dari segi kebajikan dan juga kesihatan yang baik berkekalan," ujarnya.

Kad Kenyalang Gold juga membantu meringankan bebanan khususnya warga emas yang kurang berkemampuan di pedalaman yang amat memerlukan bantuan pengangkutan ke klinik dan juga hospital.

"Kos pengangkutan ke Hospital Umum di Kuching terutamanya membebankan bagi penduduk yang tinggal di pedalaman dan memang memerlukan perbelanjaan yang tinggi, kata Yuanah Eng, 52 Tahun.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Oleh itu, kita amat berharap kad sedemikian dapat memudahkan urusan warga emas yang kurang berkemampuan ketika mahu mendapatkan rawatan di HUS kelak," katanya yang berasal dari Long Bemam Baram.

Diharap Kad Kenyalang Emas ini memberikan seribu makna yang bermanfaat kepada golongan warga emas memandangkan ianya baru sahaja diperkenalkan. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Sarawak yang begitu prihatin kepada golongan warga emas. 

"Jika Kerajaan Sarawak serius dalam usaha ke arah pendigitalan, mereka jua perlu memudahkan urusan ini dengan mewujudkan platform permohonan secara talian bagi tujuan permohonan Kad Kenyalang ini.

"Sekurang-kurangnya warga emas mempunyai pilihan untuk mendaftar secara talian tanpa perlu hadir ke pejabat kebajikan masyarakat ataupun pejabat daerah untuk membuat permohonan ataupun menghantar permohonan kad tersebut kata Mansor Bohari, 57 Tahun.

Rata-rata netizen di Sarawak berbangga dan meluahkan kesyukuran di atas nikmat yang tiada tandingan yang diberikan oleh Pimpinan Ketua Menteri Sarawak yang terbaik ini. Negeri Sarawak telah menjanjikan dan memberikan satu platform terbaik bagi menghargai serta menjaga golongan warga emas yang sepatutnya dijadikan contoh di Negara Malaysia tercinta ini.

Tahniah di atas Pimpinan KM Sarawak Abang Jo.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

2 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/01/kad-emas-kenyalang-jalan-terbaik-tebus.html

    ReplyDelete
  2. I am here to give my testimony about chief dr lucky who helped me in my life, i want to inform the public how i was cured from herpes simplex virus by chief dr lucky, i visited different hospital but they gave me list of drugs like Famvir, Zovirax, and Valtrex which is very expensive to treat the symptoms and never cured me. I was browsing through the Internet searching for remedy on herpes and i saw comment of people talking about how chief dr lucky cured them. when i contacted him he gave me hope and send a Herbal medicine to me that i took and it seriously worked for me, am a free person now without problem, my herpes result came out negative. I pray for you chief dr lucky am cured you can also get your self cured my friends if you really need my doctor help, you can reach him now.
    Email: chiefdrlucky@gmail.com  Call or What's App +2348132777335  
    Website :  http://chiefdrluckysolutionhome.website2.me/ 

    ReplyDelete