2016年5月15日日曜日

Backpacker ke New Zealand Secara Solo

Negara New Zealand 


@Jackie San



Auckland- Paihia Bay Of Islands- Rotorua-Taupo- Waitomo- Picton-Wellington- Kai  koura- Christchurch- Lake Tekapo- Aoraki/Mt. Cook- Queenstown- Auckland




15 - 30 May 2016 ( Utara ke Selatan )

Mode penerbangan menggunakan Malaysia Airlines yang menjadikan terbang ke mana-mana destinasi semasa tugas rasmi mahupun bercuti menjadi pilihan utama ku. Tahun 2015 aku telah memilih untuk menyambut Hari Lahir Ku di Negara Eropah manakala Tahun 2016 ni aku sengaja memilih untuk menyambut Hari Kelahiran Ku di Negara New Zealand.

Penerbangan bermula pada 15 Mei 2016 iaitu dari Kuching International Airport - KLIA. Menginap semalam di Kuala Lumpur iaitu di rumah saudara ku dan seterusnya pada 16 May 2016 menyambung penerbangan dari Kuala Lumpur International Airport - Auckland International Airport, New Zealand. Penerbangan mengambil masa selama 10 jam.


Auckland International Airport




@Jackie San

17 May 2016, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland, NZ. Urusan pasport serta pengistiharan barang termasuk beg mengambil masa yang agak lama di sini. Pertama kena beratur panjang bagi tujuan pasport. Kedua, mengambil beg dan seterusnya beratur panjang mengikut borang pengistiharan barangan apa yang kita bawa dan barulah ditanda oleh Pegawai Imigresen NZ ke lorong mengikut nombor tertera pada kertas pengistiharan barangan. Beg akan dikosongkan dan semua barang mesti dikeluarkan. Jika Pegawai Imigresen NZ bersetuju dengan apa yang cuba diistiharkan oleh kita barulah mereka melakukan imbasan beg di ruang imbasan individu. Proses mengambil masa lebih kurang 1 - 2 jam. Selepas itu, Alhamdulillah baru lah lega ..kerana aku berjaya melepasi semua halangan tersebut tetapi dalam jangka masa yang agak lama juga.
 

17 - 19 May 2016, Paihia- Bay Of Islands (Cape Reinga)






See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



Keluar sahaja dari balai ketibaan, aku mengambil keputusan untuk menempah perjalanan dari Auckland International Airport - pusat bandar Auckland


(Tambang Skybus NZD 16.00)


 Selepas itu menggunakan mode pengangkutan Intercity Bas dari Bandar Auckland (Sempat juga mencuba Auckland Skytower) - Paihia- Bay of Islands (Destinasi Pertama) tambang bas NZD 37.00 lebih kuräng 4 jam perjalanan. 












19 - 21 May 2016, Rotorua / Taupo





See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Perjalanan dari Paihia- Bay Of Islands (Cape Reinga) - Rotorua menggunakan mode Nakedbus NZ. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam dengan kadar tambang NZD 44.00. Penginapan di semua destinasi kebanyakan aku menempah untuk menginap di YHA Hostels. Kelengkapan yang amat baik di samping layanan yang mesra dari kakitangan mereka serta amat membantu. 


Destinasi ini aku sempat mengunjungi;


  1. Night Market Rotorua 
  2. Makan di Macca Kebab (Halal)
  3. Hobbit Movie Sets
  4. Rotorua Food Court
  5. Sulphur Lake
  6. Rotorua Government Garden 





21 - 22 May 2016, Wellington

@Jackie San






Destinasi ketiga, adalah Bandaraya Wellington. Dengan menggunakan mode perjalanan Intercity Bus dari Rotorua - Wellington mengambil masa lebih kurang 7 jam perjalanan. Perhentian ada betul2x di Wellington Railway Sta. Di Wellington aku menginap di Hotel Waterloo & Backpackers yang telah ditempah awal dari I-Site Rotorua.  Aku sempat mengunjungi Victoria University (Music), Taman serta Wellington Tower.



@Jackie San




22 - 24 May 2016, Picton & Kaikoura 




See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Destinasi ke - 4 ku, Seawal jam 0700 pagi, aku bergerak dari Hotel Waterloo & Backpackers menuju ker Platform 9 di Wellington Railway Sta. untuk menaiki Shuttle Bus (percuma) menuju ke Interislander Ferry Terminal. Perjalanan mengambil masa tidak sampai 10 minit dan ferry yang akan aku naikki menuju ke Picton bergerak pada jam 0900 pagi. Ferry ini amat besar yang mana terdapat 10 deck. Bagi penumpang di bahagian atas manakala terdapat lokasi penyimpanan kenderaan penumpang mulai dari deck 3. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Sampai sahaja di Pelabuhan Interislander, Picton, selesai mengambil beg / luggage, Intercity Bas sudah pun menunggu. Perjalanan pun bermula dari Picton Interislander Ferry Terminal menuju ke Kaikoura. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. 


Destinasi ke - 4 ini aku sempat untuk;



See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

  1. Whale Watch - NZD 145.00
  2. Melawat Kelab Squash Kaikoura
  3. Melawat Fire Station Kaikoura
  4. Melawat Taman Majlis Daerah Kaikoura
  5. Melawat Taman Sejarah Kaikoura



@Jackie San



24 - 25 May 2016 - Christchurch 




See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Destinasi ke - 5 adalah Bandaraya Christchurch. Perjalanan menggunakan Intercity Bus dari Kaikoura - Christchurch dengan tambang NZD 19.00. 

Di Christchurch aku menginap semalam di YHA Christchurch yang betul2x berada di pusat bandar. sempat untuk melawat Taman, Pusat Kraftangan (Kayu), Gereja, Museum serta Botanic Garden Christchurch. 


@Jackie San



@Jackie San



25 - 27 May 2016 - Aoraki /Mt Cook



See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



Destinasi ke - 6 adalah Aoraki / Mt Cook. Perjalanan dari Bandaraya Christchurch ke Aoraki / Mt Cook menggunakan GreatSighting Bus dengan tambang NZD 177.00. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam 30 minit. Pergunungan yang indah diliputi oleh salji mengambarkan perbezaan di antara Utara ke Selatan Negara New Zealand. YHA Hostels di Aoraki / Mt Cook juga menjadi tempat aku menginap di destinasi ke - 6 ini.




26 May 2016 - Pendakian Aoraki Mt Cook


Sebenarnya perancangan awal untuk mendaki pada jam 0830 pagi. Disebabkan apabila bangun dan didapati cuaca yang masih gelap serta curahan salji maka aku mengambil keputusan untuk tidur semula dan menunggu kiranya ada sinaran matahari barulah memulakan pendakian. Pada jam 0930 pagi selepas sahaja sarapan mula bergerak ke trek pendakian yang terletak berhampiran dengan Hotel Hermitage, Mt Cook. Bersama 2 orang pendaki lain melalui trek rumput kekuningan serta trek di atas landasan papan.

 Laluan permulaan lebih kurang 30 minit - 1 jam tidak la mencabar. Selepas menjumpai papan tanda sama ada untuk ( Ke Kea Point = 15 minit / Sealy Tarns = 3-4 jam ). 

Aku mengambil keputusan untuk membuat pendakian dan memilih laluan ke Sealy Tarns. Laluannya amat mencabar iaitu terpaksa menaiki tangga yang agar curam, melalui trek batu, limpahan batu kecil dan amat merbahaya jika tersilap langkah serta laluan trek yang melalui kawasan angin yang kuat. 

Yang amat menakutkan adalah difahamkan terdapatnya banyak ular di kawasan ini. Selepas membuat pendakian lebih kurang 2 jam ke puncak, aku mengambil keputusan untuk turun semula kerana ingin meneruskan perjalanan ke Kea Point. 

Semasa turun aku sempat menyapa beberapa pendaki yang sedang mula naik ke puncak Mount Cook. Seorang pendaki dari Negara China turut menyapa aku dan menyatakan yang beliau melihat aku di Christchurch dan rupanya bertemu lagi di Puncak Mount Cook. 

Alhamduillah pendakian dan perjalanan turun yang mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk pergi dan balik Pendakian ke Puncak Gunung Cook / Aoraki amat berbaloi bagi ku.




@Jackie San


@Jackie San


@Jackie San






27 - 28 May 2016  Queenstown


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



Destinasi ke-7 adalah ke Bandaraya Queenstown. Menggunakan mode perjalanan GreatSight dari Mt. Cook - Queenstown mengambil masa 4 jam 30 minit.

 Pemandu bas yang ramah singgah beberapa kali dan membenarkan penumpang mengambil gambar. Sesampainya di Terminal Bas Queenstown, sempat bertanyakan kepada Pemandu Bas lokasi penginapan aku iaitu The Black Sheep & Backpackers. 

Haha beberapa kali berpusing2x ronda di Kotaraya Queenstown (sesat kononnya)

..akhirnya berjumpa seorang mat salleh yang berasal dari Negara France, berpandukan arah menggunakan google map akhirnya dengan baik hati pemuda tersebut menemani aku pada malam hari hingga mendapatkan The Black Sheep & Backpackers. 

Alhamdulillah, amat baik hati.. beliau turut memaklumkan bahawa beliau telah berapa di Negara New Zealand hampir 1 Tahun dan mode perjalanan ke negara ini adalah sebagai Bekerja dan Bercuti.  



Bandaraya Queenstown amat cantik. Terdapatnya Waterfront, Kapal Layar, Taman Memorial, serta Kota Mewah untuk bershopping semuanya di tengah2x Bandaraya Queenstown. Harga barangan, cenderamata, makan malah penginapan ku rasakan di Bandar Queenstown memang agak mahal berbanding lokasi/destinasi sebelum ini.

Di antara destinasi yang sempat ku lawati di Queenstown adalah;




@Jackie San





@Jackie San



@Jackie San


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/







Dikongsikan juga itinery travel solo ke Negara Eropah. Jika anda berminat untuk membaca atau mendapatkan idea untuk travel ke sana, silalah baca artikel yang ada di blog ini.


Click pada link di bawah bagi mendapatkan info mudah, ringkas serta banyak negara dan lokasi menarik yang menanti pembacaan anda!!


Saya hanya travel solo ke Negara Eropah selama 13 hari !!!














@ Jackie San







Featured post

VIRAL Kerja Kerja Makmal Penyelidikan Jom Terokai Tenaga Diperbaharui

   https://youtu.be/g5Kh_qoanY8?si=P6x9ub8iXxRsRAuh >>> MORE VIDEO JUST ENJOYED BY CLICK HERE <<<