Wednesday, 24 February 2016

PERCUTIAN TAHUN 2016

Assalam, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia...

Lama juga menyepi rasanya,

Dipendekkan cerita, bagi Tahun 2016 ini, langkah ku dimulai dengan perancangan untuk terbang ke Negara Jepun buat kali ke -3. Plan untuk ke Bandar Osaka, Tokyo termasuk Sapporo.

Mengenai pembelian tiket penerbangan semestinya pemilihan menggunakan mode AirAsia X (murah dan berpatutan) dari Kuching - Kuala Lumpur - Osaka (Kansai). Harga memang berpatutan termasuk makan minum di dalam kapal terbang. kira punya kira harga lebih kurang RM....

Bagi Tahun 2016 ini perancangan telah dibuat seawal tahun 2015. Di antara Negara dan tiket penerbangan yang dibeli adalah:

a. Negara Jepun ( Bandar Osaka, Tokyo dan Sapporo ) 29 Feb - 09 Mac 2016

b. Negara Thailand ( Bandar Krabi dan Phuket ) - 26 Mac - 02 April 2016

c. Genting Highlands, Kuala Lumpur - 21 - 25 April 2016

d. Kota Kinabalu, Sabah ( 30 April - 02 Mei 2016 )

e. Negara New Zealand ( 15 - 30 Mei 2016 )

Perancangan seterusnya untuk berbackparker ke Auckland dan juga Hyderabad, India.