Friday, 3 June 2022

WANITA INDIA DIROGOL, DIBUNUH & DIBAKAR PENEMUAN DITEPIAN SUNGAI

WANITA INDIA DIROGOL, DIBUNUH & DIBAKAR PENEMUAN DITEPIAN SUNGAI 

 


KUALA KANGSAR, PERAK : Mayat seorang wanita telah ditemui dalam keadaan terbakar seluruh badan dan dipercayai adalah mangsa bunuh di kawasan tepian sungai di Kampung Talang Hulu, dekat Simpang Lawin, Kuala Kangsar pada 31 Mei 2022 (Selasa). Selain itu, wanita berkenaan ditakuti adalah mangsa rogol sebelum mangsa dibunuh kejam.

 

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid turut memaklumkan, identiti wanita sebenar bagaimanapun belum dikenalpasti.

 

Beliau turut memaklumkan bahawa, panggilan berhubung penemuan mayat wanita itu diterima daripada orang awam pada jam 1505 petang sebelum anggota unit Forensik serta Unit Anjing Pengesan (K9), Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Perak digerakkan ke lokasi berkenaan.

 

Selain itu juga, Ketua Polis Perak turut memaklumkan bahawa hasil pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati,  wanita itu dipercayai mati dibunuh dengan kejam iaitu dibakar di lokasi yang sama mangsa ditemukan.

 

" Daripada penelitian awal berdasarkan keadaan fizikal mangsa, mangsa dipercayai adalah wanita berbangsa India. Bagaimanapun mengenai identiti mangsa yang sebenar masih belum dapat dikenalpasti," katanya menerusi satu kenyataan pada malam yang sama, 31 Mei 2022 (Selasa).

 

Turut menambah, mayat wanita berkenaan telah dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk dibedah siasat bagi mencari punca sebenar kematiannya dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

Justeru itu juga, Ketua Polis Perak meminta jasa baik orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian mahupun kehilangan ahli keluarga supaya tampil berhubung dengan mana-mana balai polis berhampiran.

 

" Maklumat juga boleh disampaikan dengan terus menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan Mohd Subkey Alias di talian 013-9285436, " jelasnya.

 

>>>LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/isu-perkauman-tuan-rumah-termasuk.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/pesawat-malaysia-airlines-tiba-tiba.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/13-pelajar-mengundang-padah-akibat.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/adakah-bainun-akan-menang-ke-atas-bella.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/anak-ahli-parlimen-mendapat-layanan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/remaja-rempuh-pekerja-ketika-memandu.html 

 


@ Jackie San 

3 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/tidak-serik-kes-buli-pelajar-di-sabah.html

    ReplyDelete
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/06/isu-bila-pintu-sempadan-negara-brunei.html

    ReplyDelete
  3. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/isu-perkauman-tuan-rumah-termasuk.html

    ReplyDelete

Featured post

Fabian & FaFa My New Kittens In The Houz

   https://youtu.be/BTesEz5rDU0 >>> MORE VIDEO HERE JUST CLICK <<<