2022年5月14日土曜日

REMAJA REMPUH PEKERJA KETIKA MEMANDU MPV SEHINGGA MATI DISIASAT !

REMAJA REMPUH PEKERJA KETIKA MEMANDU MPV SEHINGGA MATI DISIASAT !

 


SUNGAI PETANI, KEDAH : Kertas siasatan yang membabitkan seorang remaja bawah umur yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) hingga menyebabkan seorang pekerja maut, akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Isnin (16 Mei 2022).


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan memaklumkan, setakat ini kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada pihak TPR untuk tindakan selanjutnya nanti.


Menurutnya lagi, bapa kepada remaja terbabit telahpun disaman pada hari kejadian kerana kesalahan membenarkan pemandu tanpa lesen menggunakan kenderaan MPV tersebut.


" Isnin, 16 Mei 2022, PDRM akan merujuk kertas siasatan ke TPR untuk arahan selanjutnya," katanya ketika dihubungi pada Khamis, 12 Mei 2022.


Seperti berita yang tular di media sosial termasuklah seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian, sebelum ini seorang remaja lelaki berumur 15 tahun merempun dua (2) pekerja mesin rumput sehingga seorang daripadanya maut dalam kemalangan di Jalan Pintasan Semeling, pada Sabtu lepas.


Kejadian kira - kira jam 11 pagi itu telah menyebabkan lelaki warga Myanmar dikenali sebagai Cinglowpa, 20 tahun meninggal dunia manakala rakan senegara berusia 33 tahun patah bahu kanan selepas dirempuh MPV tersebut ketika sedang berehat dari melakukan kerja-kerja potong rumput di kawasan berkenaan.


Ujian air kencing yang dijalankan terhadap remaja berkenaan mendapati bebas daripada sebarang pengaruh dadah. Namun remaja terbabit telah menyebabkan kematian ke atas pekerja tanpa sebab munasabah.


Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

>>>BACA LEBIH LANJUT BERITA DI SINI<<< 

 https://www.jacknjillscute.com/2022/04/peguam-bainun-yakin-bella-cubaan-bunuh.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/13-pelajar-sekolah-tunku-putra-langkawi.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/13-pelajar-mengundang-padah-akibat.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/5902-saman-dikeluarkan-pada-ops-selamat.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/adakah-bainun-akan-menang-ke-atas-bella.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/kedai-emas-disebu-sempena-aidilfitri.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/anak-ahli-parlimen-mendapat-layanan.html 



@ Jackie San

2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/anak-ahli-parlimen-mendapat-layanan.html

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/4-wanita-aktif-menyundal-ditahan.html?sc=1652544754536#c5454522895961678423

    返信削除

Featured post

KAGOSHIMA TSURUMARU CASTLE RUINS (GOROMON GATE)鹿児島(鶴丸)城跡・御楼門)

   https://youtu.be/wk8QifEz4ek?si=nApzoSeFQoPIbh3T >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE <<<