2022年4月30日土曜日

13 Pelajar Sekolah Tunku Putra Langkawi Disahkan Ditahan Sehingga Aidilfitri Akibat Membuli

13 PELAJAR SEKOLAH TUNKU PUTRA LANGKAWI EKORAN KES BULI TERHADAP RAKAN - DITAHAN



LANGKAWI, KEDAH : Seramai 13 orang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Tunku Putra Langkawi ditahan bagi membantu siasatan kes buli terhadap rakan secara kekerasan menggunakan meja, kerusi, menendang, menampar dan sebagainya susulan satu rakaman video yang tular memaparkan kejadian kejam di media sosial.


Ketua Polis Daerah Langkawi, Kedah, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata semua yang ditahan itu terlibat dalam kejadian memukul dan juga memijak seorang pelajar lain di sekolah yang sama.


Shariman turut memaklumkan bahawa tangkapan telah dibuat antara jam 12.30 tengahari hingga 3 petang pada 29 April 2022 (Jumaat) di beberapa lokasi termasuk di kawasan sekolah serta rumah pelajar terbabit.


" Setakat ini, difahamkan terdapat 13 pelajar yang terlibat dalam insiden tersebut. Lima (5) pelajar yang ditahan merupakan rakan sekelas mangsa dan lapan (8) lagi adalah terdiri daripada kelas berlainan di sekolah yang sama.


" Polis masih menjalankan siasatan termasuk merakamkan keterangan keseluruhan 13 pelajar yang melakukan kes buli terhadap mangsa tersebut," katanya.


Terdahulu, polis turut mengesahkan perselisihan faham menjadi punca seorang pelajar dipukul serta dipijak secara beramai-ramai dalam kejadian di Sekolah Tunku Putra Langkawi.


Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, mangsa telah dipijak, dihentak berkali - kali dengan meja dan kerusi, ditendang, ditampar, ditumbuk dengan kejam oleh kira-kira 10 orang pelajar lain yang berada di tempat kejadian (dalam bilik darjah).


Mangsa telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada 29 April 2022 (Jumaat).

 

>>>BANYAK LAGI ARTIKEL DI SINI<<< 

 https://www.jacknjillscute.com/2019/12/kes-buli-sekolah-tahfiz-disumbat-najis.html

https://www.jacknjillscute.com/2020/01/kaki-buli-sm-sains-kuching-3-pelajar.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/06/viral-pelajar-dibuli-sehingga-trauma.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/07/viral-dibuli-ditendang-dipaksa-cium.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/kes-buli-punca-anggota-tudm-maut-dalam.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/18-pembunuh-zulfarhan-dibebaskan-dengan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/di-mana-keadilannya-untuk-allahyarham.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/12/ipd-kuala-kangsar-tahan-4-pelajar.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/8-pelajar-sekolah-agama-berasrama-maut.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/kematian-remaja-basikal-belum-terungkai.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/siti-bainun-diklasifikasikan-manusia.html 



@ Jackie San

2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/04/peguam-bainun-yakin-bella-cubaan-bunuh.html

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/04/siti-bainun-diklasifikasikan-manusia.html?sc=1651291829113#c8488528402445947546

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<