Sunday, 17 April 2022

KEMATIAN REMAJA BASIKAL BELUM TERUNGKAI - SAM MERAYU KES DIGUGURKAN

KEMATIAN REMAJA BASIKAL BELUM TERUNGKAI - SAM MERAYU KES DIGUGURKAN

 


PETALING JAYA, SELANGOR : Permohonan Sam Ke Ting kepada Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan kebenaran rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes basikal lajak akan didengar lagi minggu hadapan.


Menurut sistem dalam talian mahkamah, rayuan Sam ditetapkan pada 0900 pagi bertarikh 18 April 2022 (Isnin) di Mahkamah Rayuan No 3, Putrajaya.


Pada Rabu 13 April 2022 yang lepas, kerani yang berusia 27 tahun itu dijatuhkan hukuman enam (6) tahun dan didenda RM 6,000 oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian terhadap lapan (8) remaja berbasikal lajak lima tahun yang lepas.


Peguamnya, Faizal Mokhtar memfailkan notis usul kebenaran bagi rayuan Sam dan penangguhan pelaksanaan hukuman melalui sistem e-filing mahkamah. Katanya, perakuan segera turut difailkan pada 15 April 2022.


Faizal selaku peguam Sam, memohon penangguhan pelaksanaan hukuman kerana mereka akan merayu keputusan itu di Mahkamah Rayuan, tetapi hakim Abu Bakar Katar menolok permohonan itu dan memerintahkan Sam menjalani hukumannya serta-merta.


Sam, yang didakwa mengakibatkan kematian lapan (8) remaja berbasikal lajak di Jalan Lingkaran Dala, Johor Bahru pada 0320 pagi pada 18 Februari 2017 yang lepas, telah dibebaskan dan dilepaskan Mahkamah Majistret pada 28 Oktober 2019 pada akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil untuk membela diri.


Tetapi, pada 18 Februari 2021, Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan Sam membela diri selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.


Pada 10 Oktober 2021, Mahkamah Majistret Johor Bahru sekali lagi membebaskan dan melepaskannya.


Susulan dari itu, pihak pendakwaan sekali lagi mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi.


Sam, yang berusia 22 tahun pada ketika itu telah dituduh di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang turut membawa beliau hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda RM 20,000 jika sabit kesalahan.


Maka, bolehlah kita simpulkan bahawa kematian lapan (8) penunggang basikal lajak Johor Bahru belum lagi terjawab.

 

>>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/zulfarhan-dibunuh-kejam-berpunca.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/di-mana-keadilannya-untuk-allahyarham.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/18-pembunuh-zulfarhan-dibebaskan-dengan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/01/kematian-zulfarhan-upnm-akibat-didera.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/ecuador-kehilangan-pelari-pecut-akibat.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/kes-buli-punca-anggota-tudm-maut-dalam.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/08/viral-remaja-bunuh-23-pelajar-dan-guru.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/06/pemandu-mabuk-heret-mangsa-sampai-mati.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/05/pemandu-mabuk-sebabkan-kematian.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/05/k-kalaichelvan-mengaku-tidak-bersalah.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/05/pemandu-mabuk-mengaku-tidak-bersalah.html 

https://www.jacknjillscute.com/2019/12/kes-buli-sekolah-tahfiz-disumbat-najis.html



@ Jackie San

1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/04/malaysia-home-ministry-reactives-list.html

    ReplyDelete

Featured post

NOW A DAY, INCREASING IN DEMAND FOR DOMESTIC TOURISM - SAYS TOURISM MALAYSIA

NOW A DAY, INCREASING IN DEMAND FOR DOMESTIC TOURISM - SAYS TOURISM MALAYSIA   @Jackie San KOTA BAHARU, KELANTAN: Domestic holidays are stil...