2020年5月13日水曜日

K. Kalaichelvan Mengaku Tidak Bersalah Sebabkan Kematian Safwan - Frontliner

LANGGAR POLIS : Ahli Perniagaan Tidak Mengaku Bersalah !

Kajang, 13 Mei 2020:
Seorang ahli perniagaan yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar seorang anggota polis yang bertugas dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Op COVID-19 awal bulan ini, telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini hari ini.

Bagaimanapun, K. Kalaichelvan, 44 tahun mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol, tidak berhenti semasa sekatan jalan raya dan membawa kenderaan tanpa lesen memandu. Kes telah dibacakan oleh jurubahasa dalam Bahasa Tamil di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali.

Bapa kepada dua orang anak itu didakwa memandu kenderaan pacuan empat roda di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian Koperal Safwan Mohamad Ismail, 31, yang sedang menjalankan sekatan jalan raya di Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS), di sini, pada jam 0210 pagi, 03 Mei 2020 yang lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 44 (1) (B) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah Seksyen sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda minimum RM 8,000 dan maksimum RM 20,000 jika tertuduh disabitkan kesalahan.

Bagi pertuduhan yang kedua, dia didakwa tidak mematuhi isyarat yang diberikan oleh seorang pegawai polis yang mengkehendakinya berhenti sebelum sampai di sekatan itu. Dia didakwa mengikut Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967 dan sabitan kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum 12 bulan atau denda sehingga RM 1,000 atau kedua-duanya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Tertuduh juga didakwa tidak memiliki lesen memandu yang membenarkannya memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Dia didakwa mengikut Seksyen 26 (1) Akta Polis dan boleh dihukum di bawah Seksyen 26 (2) akta serupa yang memperuntukkan denda tidak kurang RM 300.00 dan tidak lebih daripada RM 2,000.00 ataupun penjara maksimum tiga bulan atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norhana Sahat, menawarkan jaminan RM 30,000.00 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di Balai Polis berhampiran sehingga kes selesai.

Peguam Mohd Haijan Omar, yang mewakili tertuduh, memohon jaminan rendah kerana anak guamnya penanggung tunggal keluarga yang menyara isteri serta dua anak yang masih kecil dan jaminan hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah.

Mahkamah menetapkan jaminan RM 20,000.00 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai dan sebutan kes ditetapkan pada 18 Jun 2020 ini.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret di sini, ahli perniagaan itu juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berada di luar rumah di waktu, tarikh dan lokasi yang sama. Beliau tidak mengaku ingakr perintah PKP.

Dia didakwa sewenang-wenangnya bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain di dalam kawasan jangkitan seperti diwartakan dalam Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. 

Dia didakwa mengikut Peraturan 3(1) yang boleh dihukum mengikut Peraturan 11(1) Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Jangkitan) (No 4) 2020.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM 1,000.00 ataupun penjara tidak melebihi enam bulan, ataupun kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairuliqram Hairuddin menawarkan jaminan RM 10,000.00 dengan seorang penjamin manakala Mohd Haijan merayu anak guamnya dijamin RM 1,000.00 dengan seorang penjamin.

Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM 1,000.00 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Ogos 2020 ini sebagai sebutan semula kes tersebut.

Dalam kejadian pada jam 0200 pagi pada 03 Mei 2020 lalu, Koperal Safwan disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan yang dipandu oleh tertuduh yang memandu di bawah pengaruh alkohol itu.


Ramai netizen sudah menyangka yang tertuduh iaitu K. Kalaichelvan, 44 tahun akan mengaku tidak bersalah. Perkara ini sememangnya taktik masa kini untuk melepaskan tuduhan walaupun telah menyebabkan kematian.

Sebelum ini juga, sudah beberapa kali kes kematian disebabkan pemandu yang cuai, mabuk dan sebagainya yang telah menyebabkan orang lain menjadi mangsa. Tertuduh sanggup mengaku dengan alasan dirinya OKU asalkan hukuman setimpal tidak diberikan kepada mereka. 

Netizen turut menyarankan agar hukuman yang lebih berat terhadap pembunuh ataupun tertuduh yang telah menyebabkan frontliner ataupun mangsa maut akibat kecuaian. Lebih - lebih lagi mereka yang dikaitkan dengan memandu ketika mabuk, melawan arah serta ingkar kepada arahan kerajaan iaitu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan ini.

"Seharusnya pesalah / tertuduh dikenakan hukuman setimpal iaitu sebabkan kematian mesti dibalas hukuman yang sama" - Noreen Bangi.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/05/k-kalaichelvan-mengaku-tidak-bersalah.html

    返信削除

Featured post

95,000 JAPANESE AGED OVER 100; MOST OF THEM WOMEN - TOKYO JAPAN

95,000 JAPANESE AGED OVER 100; MOST OF THEM WOMEN - TOKYO JAPAN @Jr_Paku Midin Channel TOKYO The number of people in Japan aged 100 or older...