2020年5月14日木曜日

Sambutan Aidilfitri & Gawai Dayak Dibenar Sambut Sehari Sahaja Tidak Boleh Lebih

SAMBUTAN AIDILFITRI DAN GAWAI DAYAK HARI PERTAMA SAHAJA
" Tiada Perjalanan Rentas Daerah Tujuan Balik Kampung "

KUCHING : Sambutan Aidilfitri dan Gawai Dayak di Negeri Sarawak hanya dibenarkan diraikan pada hari pertama sahaja dengan kapasiti tidak lebih dari 20 orang ahli keluarga dan jiran terdekat. Ziarah rakan taulan dan juga jiran tetangga tidak dibenarkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Unggah Embas berkata, ia susulan pengumuman garis panduan prosedur operasi standard (SOP) bagi kedua-dua perayaan itu oleh Timbalan Ketua Menteri Kelmarin.

Katanya selain itu, antara aktiviti yang tidak dibenarkan sama sekali semasa perayaan adalah perjalanan balik ke kampung yang melibatkan pergerakan antara daerah.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Tiada aktiviti kunjung mengunjung, rumah terbuka, berkunjung ke rumah saudara mara atau sahabat handai, tiada bersalaman atau berpelukan,  bersentuhan serta tidak dibenarkan untuk menziarahi kubur, Tahlil dan Kenduri Raya."

"Kelmarin, apabila saya mengumumkan aktiviti ziarah Aidilfitri dan Gawai Dayak hanya sehari sahaja namun ada masyarakat kita yang memikirkan yang mereka sudah boleh balik ke kampung masing-masing untuk merentas daerah ataupun bahagian.

"Kita mohon maaf kerana perlu membuat keputusan sebegini dan kita faham perasaan mereka tetapi apabila kita menghadapi situasi menentang penularan COVID-19, perlu ada usaha dilakukan agar dapat memutuskan rantaian wabak," katanya pada sidang media, hari ini."

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Sarawak tetap mengekalkan larangan pergerakan antara daerah kerana menyedari masih ada kawasan yang berstatus zon merah dan juga zon kuning.

"Kita berharap masyarakat kita faham dan juga terus bersabar dengan ini dan ia adalah pengorbanan yang tidak terhingga demi kesihatan diri sendiri, keluarga dan masyarakat di sekeliling dalam usaha kita menyekat penularan COVID-19.

"Jika kita lihat, di Sarawak keluk kes positif semakin menurun, yang kita harapkan akan terus berlaku...ini semua adalah kejayaan dicapai dengan kerjasama dan pengorbanan semua pihak," katanya.

Kelmarin, Unggah mengumumkan JPBNS memutuskan aktiviti ziarah Aidilfitri dan juga Gawai Dayak dibenarkan sehari sahaja dan tidak boleh lebih.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Katanya ia sebagai garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi kedua-dua perayaan itu di Negeri Sarawak.

"Selain itu, SOP berkenaan juga menghadkan kapasiti kehadiran adalah hanya untuk ahli keluarga terdekat dengan jumlah tidak melebihi 20 orang sehari," kata beliau.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/





1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/05/sambutan-aidilfitri-gawai-dayak-dibenar.html

    返信削除

Featured post

Meriahnya kampus lucky draw (FURICO SOUTH CAMPUS)

  https://youtu.be/Bxw4uK1I4Vg?si=IBBJzonyQLCwbCzX >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH<<<