2020年1月15日水曜日

Kematian Zulfarhan UPNM Akibat Didera Jadi Persoalan ?


Unit Khas Siasat Kest Kematian Zulfarhan Ditubuhkan


JOHOR BAHRU: Unit Khas telah ditubuhkan semasa Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mentadbir Kementerian Pertahanan Malaysia. Unit khas ditubuhkan bertujuan bagi melaporkan terus dua perkara yang berkait dengan kematian seorang Pegawai Kadet Laut baru-baru ini, kepada beliau.

Hishammuddin berkata unit itu diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor merupakan tambahan kepada lembaga siasatan yang diwujudkan sebelum ini selain daripada siasatan polis.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Katanya, dengan penubuhan unit itu, beliau berharap dapat menemu bual sendiri rakan-rakan Allahyarham serta meneliti perkara-peraka yang perlu ditambah baik dalam sistem latihan dan pengurusan pelatih di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tanpa ada sebarang karenah birokrasi.

"Saya tidak hadkan hanya Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sesiapa sahaja yang ada maklumat, boleh membantu kita dalam dua perkara ini iaitu membawa pesalah ke muka pengadilan serta melihat kepada apa yang perlu kita tambah baik dan perbetulkan supaya kejadian ini tidak berulang lagi, " katanya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Beliau yang juga merupakan Anggota Parlimen Sembrong berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham di sini. Selain itu beliau amat ragu dan kurang kepercayaan dengan pentadbiran UPNM kerana masalah seumpama sentiasa berulang dan tidak kemungkinan pentabiran dan pengurusan tertinggi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia terlibat dalam kes seumpama ini. TIDAK MUSTAHIL !!!

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Hishammuddin berkata unit tersebut juga akan memastikan tiada sesiapa terkecuali dalam proses mencari kebenaran kes termasuk para pensyarah yang mengetahui kes ini ataupun cuba berselindung dalam perkara tersebut. Mereka harus dikenakan hukuman dunia yang setimpal! Jelas beliau.

"Ia adalah berterusan, yang penting kita mahukan kebenaran dan tidak boleh menetapkan amsa untuk mencari kebenaran. Apa yang pasti hukuman di dunia mereka boleh terlepas tetapi Tuhan itu Maha Adil. Tegas Beliau.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Bagi saya, secara peribadi, semua tahu sejak saya menjadi Menteri Pelajaran lagi, kes-kes sebegini saya betul-betul mengambil serius," katanya yang baru menyedari Allahyarham mempunyai ikatan kekeluargaan bersama keluarganya.

Sementera itu, dalam kenyataan yang turut diedarkan kepada media ketika lawatan itu, Hishammuddin memberitahu beliau ketika ini sedang menunggu laporan siasatan daripada Lembaga Penyiasatan Khas yang ditubuhkan oleh ATM bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Beliau juga mengarahkan pihak ALK agar mengambil tindakan menggantung kesemua 32 pegawai kadet yang terlibat, sementara menunggu proses siasatan selesai.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Kesemua mereka ini juga akan dipecat daripada perkhidmatan ALK jika didapati bersalah menyembunyikan jenayah kekerasan terhadap Allahyarham daripada pengetahuan pihak atasan. Namun yang jelas pihak pengurusan Akademi serta tertinggi gagal bertindak awal.

Malah, jika terdapat mana-mana pegawai dan kakitangan sama ada di ALK atau UPNM yang turut mengetahui kejadian tetapi tidak mengambil tindakan sewajarnya, atau wujud unsur kecuaian dalam melaksanakan tugas, maka mereka juga harus bertanggungjawab termasuk dipecat daripada perkhidmatan, tambahnya. 

"Saya juga bersedia untuk berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk melakukan rombakan terhadap pengurusan dan pentadbiran UPNM susulan kejadian ini. Kegagalan Universiti ini kemungkinan Pro Cancelor UPNM akan dilucutkan juga jika terbukti gagal.

"Selain itu, saya ingin mengingatkan mana-mana pihak yang berkepentingan agar jangan sesekali mengeksploitasikan isu ini demi kepentingan politik serta memenuhi agenda peribadi.

"Ia termasuk menabur fitnah serta mengesyorkan tindakan berteraskan nafsu dan hasad dengki terhadap pensyarah, kepimpinan tertinggi universiti atau mana-mana individu tanpa sebarang justifikasi kukuh dan bersfat semberono," katanya dalam kenyataan tersebut.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Zulfarhan Osman, 21, penuntut tahun ketiga Jurusan Kejuruteraan Elektrik, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 01 Jun lepas akibat kesan lebam dan melecur di seluruh badan, dipercayai didera rakan dengan seterika wap.

Siasatan awal polis mendapati wujud unsur penderaan hingga menyebabkan kematian mangsa.

Semoga Allah S.W.T. membalas setiap kekejaman yang dilakukan ke atas Allahyarham. Aamin.

Al - Fatihah

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San


1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/01/kematian-zulfarhan-upnm-akibat-didera.html

    返信削除

Featured post

GUIDE THINGS TO DO IN OITA, JAPAN

   https://youtu.be/zfoI4a-bgZo?si=djJGxs8wb-1nV0Cn >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<