Sunday, 19 January 2020

Calon Kimanis Bukanlah Terbaik !

PRK KIMANIS, KOTA KINABALU SABAH

Barisan Nasional (BN) sekejap tadi telah mengekalkan kemenangan di kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis dengan majoriti tidaklah undian yang besar iaitu hanya 2,029 undi.

Calonnya, iaitu Datuk Mohamad Alamin memperoleh 12,706 undi sementara calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang menerima undian sebanyak 10,677 undi.

Proses pengundian yang berakhir pada jam 5 petang tadi melibatkan 29,619 daripaa 29,664 orang pengundi biasayang layak mengundi di kesemua 19 pusat membuang undi dengan 68 buah saluran dibuka mulai tepat jam 0730 pagi tadi (18.01.2020).

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Pada pilihan raya umum lepas, Anifah yang mewakili Barisan Nasional menang tipis dengan 156 undi majoriti selepas meraih 11,942 uni, sementara Karim yang turut bertanding ketika itu, meraih 11,786 undian.

Calon Barisan Nasional kali ini mendapat sokongan padu oleh PAS dan parti pembangkang tempatan manakala Calon Warisan disokong oleh Pakatan Harapan. Kempen PRK ini bermula pada 04 Januari 2020 lalu dan mengambil masa selama dua minggu berkempen dan berakhir hari ini tanggal 18 Januari 2020. 

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Cerita Di sebalik Hari Mengundi :

Kota Kinabalu: Hasil percakapan umum di kalangan penduduk dan masyarakat Negeri Sabah rata-rata meluahkan  ketidak adilan dua calon yang ditempatkan untuk bertanding di PRK Kimanis.

Masyarakat di Sabah amnya sememangnya tidak menaruh harapan kepada dua calon yang bertanding di PRK Kimanis tersebut berikutan pencapaian mereka yang dikatakan tidak menyumbang apa-apa kepada rakyat Negeri Sabah.

Desas Desus menyatakan bahawasanya kepimpinan kedua-dua calon sama ada dari Barisan Nasional ataupun Parti Warisan Sabah hanya bertanding untuk kepentingan peribadi dan bukannya untuk Rakyat Sabah amnya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Ramai yang menyatakan bahawa; 

a). Calon Barisan Nasional adalah seorang yang baik tetapi mereka yang berada di bawahnya adalah akar umbi terburuk yang meracuni dan kejam terhadap masyarakat di Negeri Sabah.

b). Manakala Calon Parti Warisan Sabah pula, beliau memang tidak boleh diharapkan kerana bersifat penting diri sendiri dan mengaut keuntungan hasil bumi Negeri Sabah terutama di Kimanis untuk kekayaan peribadi.

Jelaslah di sini, Rakyat di Negeri Sabah merasakan bahawasanya PRK Kimanis kali ini umpama memberikan keuntungan kepada calon dan parti mereka sendiri dan bukannya untuk kepentingan masyarakat di KIMANIS, NEGERI SABAH.

Jelaslah, bahawa Kimanis akan jauh ketinggalan dan akan sentiasa terpinggir disebabkan kerakusan kepimpinan buruk yang menang kali ini.

Sekian.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San



2 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/01/calon-kimanis-bukanlah-terbaik.html

    ReplyDelete
  2. I am here to give my testimony about chief dr lucky who helped me in my life, i want to inform the public how i was cured from herpes simplex virus by chief dr lucky, i visited different hospital but they gave me list of drugs like Famvir, Zovirax, and Valtrex which is very expensive to treat the symptoms and never cured me. I was browsing through the Internet searching for remedy on herpes and i saw comment of people talking about how chief dr lucky cured them. when i contacted him he gave me hope and send a Herbal medicine to me that i took and it seriously worked for me, am a free person now without problem, my herpes result came out negative. I pray for you chief dr lucky am cured you can also get your self cured my friends if you really need my doctor help, you can reach him now.
    Email: chiefdrlucky@gmail.com  Call or What's App +2348132777335  
    Website :  http://chiefdrluckysolutionhome.website2.me/ 

    ReplyDelete