2020年1月10日金曜日

APA KAITAN MALAYSIA AIRLINES DENGAN KEBAKARAN HUTAN AUSTRALIA ?



KEBAKARAN DI NOWRA, AUSTRALIA 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah mengenalpasti seramai 40 orang anggotanya bagi ditugaskan membantu menyelamatkan flora dan fauna Australia.

"Bagaimanapun, kita sedang menunggu indikasi daripada pihak Australia (sama ada) 'dibolehkan atau tidak' untuk kita datang membantu. Jikalau dibenarkan (ianya) akan melalui Jabatan Perdana Menteri dan turut membantu Kementerian Luar yang akan turut sama menghulurkan bantuan ke negara Kangaroo itu," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini. 

Mohammad Hamdan turut menambah, JBPM sebelum ini pernah terlibat dalam Operasi Haze dalam operasi membantu memadamkan kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia yang menyebabkan jerebu teruk di Kepulauan Borneo tahun ini. Selain itu pada tahun 1997 seramai kira-kira 1,200 individu yang terdiri daripada anggota bomba dan agensi lain turut sama membantu dalam kebakaran terbesar pada masa tersebut.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Pada Ahad lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata, Malaysia bersiap sedia untuk memberikan bantuan yang sewajarnya kepada Australia yang pada masa ini berhadapan dengan krisis kebakaran hutan yang teruk.

Isunya Sekarang Kenapa Malaysia Harus Bantu Australia Dalam Isu Kebakaran Hutan Ini ???

Komitmen lebih jitu bagi menggubal dasar yang lebih lestari dan tindakan bersama membabitkan semua negara diperlukan bagi menangani perubahan iklim dunia pada masa ini.

Kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata krisis kebakaran belukar yang semakin meruncing di Australia, bukti kesan perubahan iklim.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Impak alam sekitar berkenaan wajar ditangani menerusi pendekatan membabitkan kesepakatan seluruh masyarakat dunia, sebelum mencapai tahap di luar kawalan manusia.

"Hutan yang terbakar di Australia bukan sahaja menyebabkan manusia yang terkorban, yang lebih menyedihkan kemusnahan alam sekitar, flora dan fauna malah tarikan zoologi (haiwan) turut terkorban. Terutamanya yang viral sekarang adalah kesiannya Kangaroo mati terbakar. 

"Oleh yang demikian, Malaysia menyatakan solidariti kepada Australia yang ketika ini bertungkus lumus memadamkan kebakaran belukar dengan dibantu anggota perkhidmatan kecemasan dan bomba dari pelosok dunia.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


"Menerusi Laman Twitter Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, memaklumkan kematian seramai 23 orang direkodkan sejak September lalu susulan kebakaran di seluruh negara tersebut.

Disebabkan puluhan insiden kebakaran belukar di kawasan timur dan barat Australia dilaporkan semakin buruk dengan anggota bomba bergelut membendungnya angkara cuaca panas dan angin kencang.

Kebakaran belukar Australia fenomena biasa dan menjadi ancaman maut, namun insiden lebih awal tahun ini ketika musim bunga di selatan, mengorbankan beberapa nyawa dan memusnahkan raturan rumah.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/01/apa-kaitan-malaysia-airlines-dengan.html

    返信削除

Featured post

KAGOSHIMA CITY AQUARIUM

   https://youtu.be/SMoaLhP-O2M?si=X8-2xlz4_dtSwgvI >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE <<<