Wednesday, 27 October 2021

ECUADOR KEHILANGAN PELARI PECUT AKIBAT DITEMBAK MATI

 PELARI PECUT ECUADOR DITEMBAK MATI !

 

Pelari Pecut Ecuador, yang merupakan pemenang Pingat Gangsa Kejuraan Dunia, Alex Quinonez menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat ditembak individu yang tidak dikenali di kediamannya di Guayanquil, pada 22 Oktober 2021 (Jumaat).

 

Perkara ini telah disahkan oleh pihak Kementerian Sukan Equador menerusi satu kenyataan media di laman Twitter yang turut mengesahkan atlet yang berusia 32 tahun itu ditembak sekitar 2120 malam di kediamannya itu.

 

Selain itu, menurut satu kenyataan lagi, kematian Quinonez juga merupakan satu kehilangan yang besar buat Equador, khususnya dalam sukan olahraga negara mereka.

 

" Kami dengan rasa sedihnya mengesahkan bahawa atlet olahraga negara kita, Alex Quinonez telah terbunuh dalam insiden tembakan di kediamannya.

 

" Kita telah kehilangan seorang ahli sukan yang amat hebat. Seseorang yang telah memberikan kita harapan, menggerakkan kita dan secara keseluruhannya dia adalah atlet pecut terbaik yang pernah dilahirkan di negara kita ini, " menurut kenyataan berkenaan.

 

Insiden itu sekali gus menjadikan insiden kedua yang melibatkan atlet olahraga dalam tempoh dua (2) minggu apabila atlet larian jarak jauh Kenya, Agnes Tirop, turut dibunuh di kediamannya, pada 14 Oktober 2021.

 

Bagi tujuan rekod, Quinonez memenangi pingat gangsa dalam acara 200 meter pada Kejohanan Dunia Tahun 2019 di Doha selain beraksi di final acara sama pada Olimpik London 2012 lalu.

 

Bagaimanapun, kegagalannya pada ujian anti doping menyebabkan Quinonez telah digantung dan tidak dapat beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo Tahun 2020 yang lalu.

 

Sementara itu juga Presiden Equador, Guillermo Lasso turut menyatakan rasa sedih atas kematian Quinonez yang disifatkan sebagai atlet olahraga terbaik yang ada di negara berkenaan.

 

" Kita sangat sedih atas pemergian beliau serta insiden (kematian) Quinonez itu. Ia satu kehilangan besar buat negara kita. Mereka yang terlibat dan penyebab kematian Quinonez harus dihukum segera.

 

" Oleh itu saya akan pastikan agar pihak yang bertanggungjawab dan yang terlibat tidak akan terlepas daripada hukuman nanti," katanya.

 

>>>BACA LANJUT BERITA DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/karim-pandalela-belum-layak.html 

https://www.jacknjillscute.com/2019/10/rakyat-malaysia-jangan-mimpikan-lagi.html 

https://www.jacknjillscute.com/2018/09/wira-wirawati-anak-malaysia-di-sukan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2018/08/berbasikal-trek-emas-ke-5-malaysia.html 



@ Jackie San

1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/10/ecuador-kehilangan-pelari-pecut-akibat.html

    ReplyDelete

Featured post

Kopral Limbang DiKhuatiri Lemas di Sungai Medait Long Napir Limbang

  https://youtu.be/tT9-778bnsY