2019年10月10日木曜日

Rakyat Malaysia Jangan Mimpikan Lagi Piala Thomas - Tun Dr Siti Hasmah

Memori Piala Thomas 1992 Terlalu Manis Berbanding Sekarang, Pemain Kita Jauh Kebelakang - Tun Dr Siti Hasmah


KUALA LUMPUR :
Biarpun sudah 27 Tahun berlalu, memori saingan Piala Thomas 1992 masih segar dalam ingatan dan sentiasa membuatkan Tun bergenangan air mata.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Air mata itu bukan menandakan kesedihan, namun isteri Perdana Menteri Malaysia yang dikasihi ini, Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohd Ali mempunyai nostalgia terindah bersama skuad badminton negara kita yang muncul selaku juara piala berprestij buat masa itu.

Melalui tayangan video aksi final Piala Thomas 1992, tanggal 16 Mei, ketika Malaysia mencari mata kemenangan ke atas Indonesia, kelibat peminat sukan badminton nombor satu negara itu 'tidak senang duduk' di tempat penonton.

Beliau dengan berbaju kurung merah putih, dilihat mengangkat tangan berdoa kepada Tuhan ketika aksi beregu lelaki Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang mencari mata Kemenangan Malaysia yang berjaya menundukkan Indonesia, 3-2 pada aksi final penuh dramatik bersejarah itu di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Hari ini, pada majlis Pelancaran Program Juara Tangkis Tun Dr Siti Hasmah, sekali lagi Dr Siti Hasmah ibarat seorang ibu kepada pemain, menitiskan air mata apabila sekali lagi dikelilingi legenda Piala Thomas ketika itu.

"Ketika Rashid Sidek menjemput saya ke acara ini hari ini, saya mula digenang air mata seperti sekarang apabila melihat anda semua...sahabat dan wira-wira jaguh badminton Malaysia...semua sudah rambut putih tapi masih sihat dan bertenaga.

"Peranan saya sebagai penaung badminton pada masa itu adalah untuk menjadi ibu kepada mereka semua dan perkara utama saya inginkan ialah memastikan apabila saya berada di sana mereka bermain bersama sebagai satu pasukan.

"Ia adalah perkara paling sukar yang boleh dilakukan seorang ibu untuk menjadikan keluarga sebagai satu pasukan terutamanya dalam sukan dan kita harus bangga dengan itu pada tahun 1992... anak-anak muda bangkit dan saya tidak akan melupakan itu," katanya.

Dr Siti Hasmah berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran program berkenaan yang diilhamkan oleh Kelab Badminton Sports Affairs sebagai tanda penghormatan kepada Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohd Ali.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Skuad negara ketika itu dibarisi Rashid Sidek, Foo kok Keong, Kwan Yoke Meng serta dua pasangan beregu Raazif Sidek-Jalani Sidek dan Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang.

Program ini adalah platform menghimpunkan lapan legenda badminton untuk mencari, melatih dan mengasah bakat 96 bakal juara badminton masa hadapan.

Pada majlis itu juga, Dr Siti Hasmah sempat 'membawang' apabila mendedahkan situasi genting yang dihadapi pasangan beregu lelaki Soon Kit-Beng Kiang menjelang aksi final mereka.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Saya hendak 'membawang' (gosip) sikit...situasi ketika Piala Thomas itu. Saya tahu, ketika itu mereka (Soon Kit-Beng Kiang) sedang bergaduh. Saya pergi berjumpa Soon Kit dan cakap pada dia, tiada pasangan lain yang lebih baik untuk digandingkan dengan awak selain Beng Kiang.

"Perkara yang sama saya cakapkan kepada Beng Kiang selepas berjumpa Soon Kit. Dan kemudian mereka masuk ke dalam gelanggang untuk beraksi, dan paling manis, mereka meraih kemenangan untuk Negara Malaysia, " katanya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Legenda badminton yang terlibat dalam program diketuai oleh Rashid Sidek itu terdiri daripada bekas pemain skud Piala Thomas dan Sukan Olimpik Malaysia iaitu kok Keong, Soon Kit, Rahman Sidek, Ong Ewe Hock, Roslin Hashim, Zakry Latif, Koo Kien Keat dan Woon Khe Wei.

Mereka akan membentuk lapan pasukan terdiri daripada 12 pemain yang dikenal pasti dalam jerayawara seluruh negara bermula Oktober dan aksi final akan berlangsung pada Disember 2019 kelak -Disunting dari Bernama.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


@ Jackie San

1 件のコメント:

Featured post

JAPAN FESTIVAL'S AND YOU MUST KNOW FAMOUS FESTIVAL IN JAPAN

JAPAN FESTIVAL'S AND THINGS TO KNOW FAMOUS FESTIVAL IN JAPAN @Jackie San Japan's festivals are important to its culture and history....