Wednesday, 9 October 2019

Tukang Masak Rakus Masukkan Objek Besar, Merogol & Liwat Tunang

Objek Besar, Rogol Serta Liwat !!!


"Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas mengaku memasukkan objek besar, rogol serta meliwat tunangnya berkali-kali".

 TEMERLOH, PAHANG 09 Oktober 2019.
 Seorang tukang masak yang didakwa merogol, meliwat serta memasukkan objek besar ke dalam kemaluan bakal isterinya berdepan hukuman penjara maksimum 70 tahun jika disabitkan kesalahan selepas dihadapkan di Mahkamah Seksyen di sini hari ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Tertuduh, Mohamad Syirazi Anuar Mohd. Rosli, 21, didakwa atas tiga pertuduhan iaitu mengikut Seksyen 376 Kanun keseksaan, Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara serta sebatan jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Mohamad Syirazi Anuar mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Fiazadh Yahaya.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan tanpa kerelaan mangsa yang berusia 18 tahun dalam bilik sewa belakang sebuah kedai makan di Paya Pulai di sini pada kira-kira pukul 9.30 malam pada 13 September lalu.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Berdasarkan kertas pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabie tanpa persetujuan mangsa pada tarikh yang sama di bilik sewa belakang sebuah kedai makan di Paya Pulai.

Dalam kertas pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa memasukkan objek besar ke dalam vagina mangsa tanpa persetujuan mangsa pada tarikh yang sama di bilik sewa belakang sebuah kedai makan di Paya Pulai. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, nor Asyikin Nor Azhar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nor Asyikin menawarkan jaminan sebanyak RM 10,000 bagi setiap pertuduhan sebelum tertuduh memohon rayuan dengan alasan datang ke Temerloh untuk bekerja mencari rezeki halal dan masih menanggung ibu bapa di kampung.

Hakim kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM 7,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan tertuduh tidak dibenarkan mendekati mangsa.

Mahkamah menetapkan 14 November 2019 bagi sebutan semula kes tersebut.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

-UTUSAN MALAYSIA.


@ Jackie San
 

3 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2019/10/tukang-masak-rakus-masukkan-objek-besar.html

    ReplyDelete
  2. 1.75 rusak .sakit dia kesian kat dia

    ReplyDelete

Featured post

Team JP Limbang Bergerak Turun Selepas Selesai Program Bersama Komuniti ...

  https://youtu.be/psGg8SsKqUU