2019年10月8日火曜日

Malaysia Yakin Tumbangkan Vietnam !

Harimau Malaya Yakin Tumbangkan Vietnam !

KUALA LUMPUR :
Malaysia telah mempamerkan peningkatan dramatik sejak kekalahan mereka dalam Final Piala AFF, Disember 2018 lalu dan perkembangan itu jelas meresahkan pemain tengah Vietnam, Do Hung Dung.

Skuad Harimau Malaya mengalahkan Sang Garuda, Indonesia 3-2 dalam aksi pertama Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Mereka kemudian kalah tipis 1-2 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan kedua selepas menampilkan persembahan cemerlang.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Beberapa hari menjelang perlawanan ketiga Kumpulan G menentang Vietnam, Khamis ini nanti, anak-anak buah Tan Cheng Hoe membelasah Sri Lanka 6-0 dalam aksi persahabatan, Sabtu lalu.

"Kemenangan besar dan dua persembahan yang baik dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan pasti menaikkan semangat mereka untuk memburu kemenangan.

"Jelas sekali skuad Malaysia kini lebih kuat berbanding ketika menentang kami dalam Piala AFF tahun lalu. Kami harus berhati-hati," kata Hung Dung yang dipetik dalam VnExpress International hari ini.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Vietnam mengalahkan Malaysia dengan agregat tipis 3-2 dalam final Piala AFF 2018 selepas seri 2-2 di Bukit Jalil dan menang 1-0 di Hanoi, Vietnam.

Skuad bimbingan Park Hang-Seo itu turut menewaskan Malaysia 2-0 pada peringkat kumpulan di Stadium Nasional My Dinh, yang akan menjadi Venue perlawanan Khamis ini nanti.

Pertemuan kali ini dilihat sebagai peluang terbaik Malaysia untuk membalas dendam, namun Hung Dung yakin pasukannya sudah bersedia melakar sejarah menunduk malukan Harimau Malaya nanti. Kami pastikan keputusan positif dan melakar sejarah untuk memalukan mereka. katanya.

Vietnam yang seri 0-0 dengan Pasukan Gajah Putih (Thailand) dalam aksi pembukaan Kumpulan G, bulan lalu akan menentang Indonesia pada perlawanan ketiga, 15 Oktober ini nanti.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

 @ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2019/10/malaysia-yakin-tumbangkan-vietnam.html
    Harimau Malaya Yakin Tumbangkan Vietnam di Hanoi

    返信削除

Featured post

GUIDE THINGS TO DO IN OITA, JAPAN

   https://youtu.be/zfoI4a-bgZo?si=djJGxs8wb-1nV0Cn >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<