Friday, 11 October 2019

UTUSAN BANKRAP APAKAH NASIB ORANG MELAYU ?

Utusan Tutup Operasi, Apakah Nasib Pekerjanya ?


KUALA LUMPUR :
Lembaga Pengarah Utusan Melayu Berhad (UTUSAN) membuat keputusan untuk menutup operasi syarikat Khamis (10 Oktober 2019).

Dalam satu memorasmi yang diedarkan kepada semua kakitangan syarikat hari Isnin (07 Oktober 2019) meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang (Creditor's Voluntary Liqidation).

"Langkah ini terpaksa oleh kerana Lembaga Pengarah berpendapat bahawa syarikat tidak lagi solven untuk meneruskan perniagaan.

"Oleh yang demikian, syarikat akan memberhentikan operasi berkuatkuasa pada Rabu, 09 Oktober 2019 manakala tarikh akhir perkhidmatan ialah pada hari Khamis, 31 Oktober 2019, " tulis kenyataan itu lagi.

Namun persoalannya, apakah nasib kakitangan UTUSAN ?

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Nasib 800 kakitangan Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd kini sekali lagi menjadi persoalan apabila operasi syarikat akhbar terkemuka dan tertua di Malaysia diistiharkan tamat kelmarin.

Ia dipercayai susulan keputusan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir yang akan mengumumkan secara rasmi kebankrapan terbesar sukarela syarikat itu.

Setiausaha Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Cawangan Utusan, Muhammad Basir Abu Bakar berkata, semua kakitangan sudah diarahkan untuk mengosongkan meja masing-masing selewat-lewatnya jam 1 tengahari kelmarin.

Katanya, wartawan dan jurugambar juga tidak diberikan tugasan menguatkan lagi dakwaan penamatan operasi syarikat akhbar itu.

"Setakat ini kakitangan tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai dakwaan itu daripada pihak pengurusan, sebaliknya hanya diminta mengosongkan meja masing-masing oleh ketua unit walaupun perit untuk dikatakan.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Ini menjadi tanda tanya kepada 800 kakitangan yang masih bekerja mengenai nasib kami," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, tindakan menisytiharkan syarikat itu bankrap dipercayai untuk mengelak daripada membayar sebarang pampasan kepada peker adan bekas pekerja yang mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS).

Katanya, jika benar akhbar kumpulan ini ditamatkan operasi, ia menjadi stu tamparan hebat kepada industri persuratkhabaran Melayu.

"Kami juga mahu Datuk Abd Aziz mengotakan janji untuk tidak meletakkan 'batu nisan' kepada Utusan, " katanya.

NUJ Cawangan Utusan telah mengadakan sidang media tergempar jam 12 tengahari kelmarin di ibu pejabatnya Jalan Chan Sow Lin mengenai kemelut yang melanda berkenaan.

Kumpulan Utusan yang menerbitkan Utusan Malaysia dan kosmo ! berdepan masalah kewangan kritikal sejak beberapa tahun lalu sehingga menyebabkan tunggakan gaji kepada lebih 800 orang kakitangan dan bekas kakitangan mereka.

Harus diingatkan ianya tidak melibatkan Pimpinan Kerajaan Baru TETAPI ianya kemelut pentadbiran dan pengurusan UTUSAN sendiri ! - Berita disunting dari METRO 

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San


1 comment:

Featured post

Team JP Limbang Bergerak Turun Selepas Selesai Program Bersama Komuniti ...

  https://youtu.be/psGg8SsKqUU