Monday, 14 October 2019

BELANJAWAN 2020 'TAKTIK SEBELUM PILIHAN RAYA'

LUAR BIASA - Belanjawan 2020


BERA :
Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyifatkan Belanjawan 2020 yang dibentang beliau di Dewan Rakyat pada Jumaat lepas, sebagai luar biasa kerana mendapat pujian dan buah mulut di media mahupun parlimen sebagai 'Belanjawan Pilihan Raya'. Tahniah diucapkan !

Lim turut memaklumkan bahawa seorang pemimpin Pakatan Harapan ada bertemu dengannya selepas selesai pembentangan itu dan memberitahu peruntukan yang diberikan kali ini adalah sangat menyeluruh seperti yang biasanya diberikan pada tahun pilihan raya umum akan diadakan. 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Saya menjawab bahawa kita perlu buat perubahan dariapda kerajaan sebelum ini iaitu belanjawan kita ialah seperti belanjawan pilihan raya walaupun (tarikh) pilihan raya masih jauh. Kita harap boleh buat begini setiap tahun untuk meningkatkan kepercayaan dan undi kita.

"Kita kena berusaha dan gigih dalam menyediakan kemudahan serta memperuntukkan sumber yang ada untuk membuat perubahan yang telah kita janjikan kepada rakyat dan bagaimana susah sekalipun, kita kena berusaha serta sentiasa peka dengan janji sebelum ini. Setakat ini, banyak reaksi yang diterima yang pada keseluruhannya adalah positif, kita lihat saja keputusan kelak selepas pilihan raya dan saya yakin kerajaan PH akan menang lagi besar, " katanya.

Lim berkata demikian semasa berucap merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Pahang di Pejabat DAP Triang di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah serta barisan kepimpinan parti.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Beliau juga menyifatkan belanjawan itu sebagai menyeluruh kerana dibuat secara 'suci hati bagi membantu rakyat' menyebabkan pembangkang tidak dapat membalas pembentangan tersebut.

"Jika kita menyaksikan pembentangan itu secara live, pembangkang begitu agresif pada peringkat awal namun bila saya sudah habis (membentangkan belanjawan) mereka semua sudah menghilangkan diri, ia petanda bahawa dan percaya rakyat akan menyokong penuh serta undi bersih iaitu menang besar pada pilihan raya akan datang," katanya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Lim berkata belanjawan itu bukan sahaja bermatlamatkan untuk meningkatkan ekonomi negara, tetapi juga untuk kebajikan rakyat Malaysia seperti bagi menyediakan peluang pekerjaan, kesejahteraan kaum wanita, mementingkan aspek pendidikan dan juga yang lebih penting budget kepada institusi keagamaan.

Sementara itu, Leong pada ucapannya mengakui terdapat beberapa kelemahan yang masih wujud selepas lebih setahun perubahan kerajaan berlaku, namun ia boleh diperbaiki dari semasa ke semasa termasuk dalam menunaikan manifesto pilihan raya. Rakyat tidak boleh membandingkan Kerajaan sedia ada yang baru setahun jagung memerintah dibandingkan dengan Kerajaan sebelum ini yang memerintah hampir 60 Tahun dan lihatlah apa hasil yang mereka perolehi ? Kerajaan lama dan kepimpinannya harus malu keadaan yang berlaku sebelum ini. Karma adil akan menimpa mereka. Ianya pembalasan dari Tuhan atas kejahatan mereka !

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Misi kita pada tahun 2018 ialah menumbangkan kerajaan yang terkenal dengan rasuah demi menyelamatkan Malaysia menjatuhkan Rosmah dan Najib dan kita berjaya besar! Sekarang masa untuk kita menampung lubang yang begitu banyak dan kesan terburuk dalam sejarah Malaysia "Ex PM Skandal Rasuah Terkenal Dunia". Harus diingat untuk menampung lubang mengambil masa. Mana mungkin kesakitan yang dirasai lega sekelip mata. Fikir-Fikirkan Lah!

"Namun, sekurang-kurangnya kita tidak mengamalkan rasuah dan itu yangn paling utama...Kita kena bersih dalam hasrat kita membantu rakyat. Rakyat Malaysia harus bersyukur kerana PM kita bukan dari kalangan Penerima dan Pemberi Rasuah, " katanya. -  Disunting dari Bernama

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

1 comment:

Featured post

Program Pemimpin Bersama Rakyat Di Rh Aling Thaddeus Pulau Brunei, Daer...

  https://youtu.be/cRX8JpTL0X0