2018年8月30日木曜日

BERBASIKAL TREK – EMAS KE – 5 MALAYSIA



BERBASIKAL TREK – EMAS KE – 5 MALAYSIA

AZIZULHASNI AWANG




Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com

Pelumba basikal trek negara, siapa tak kenal iaitu Azizulhasni Awang, memberikan Emas Ke – 5 buat kontigen Malaysia apabila menjuarai acara pecut individu lelaki Sukan Asia Palembang & Jakarta 2018 di Velodrom Antarabangsa Jakarta, hari ini.

Azizulhasni Awang terdahulu meneruskan kemaraan ke Final acara ini selepas menewaskan pelumba dari Korea Selatan, Im Chae-Bin dalam separuh akhir.

Dalam aksi Final, Azizulhasi Awang bersama pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya yang turut mara ke Final selepas beliau menewaskan rakan sepasukan Azizulhasni Awang, Shah Firdaus Sahrom di peringkat separuh akhir.

Sejarah Sukan Asia di Jakarta ini menyaksikan Azizulhasni selaku pelumba yang lebih unggul dalam persaingan ketiga-tiga perlumbaan terbaik dan keseluruhannya dimenangi oleh Azizulhasni Awang.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
                            
Azizulhasni Awang turut merakamkan kesyukuran di atas kemenangan dan mengucapkan terima kasih yang tak terhingga di atas sokongan keluarga, sokongan semua pihak termasuk Jurulatih dan akhirnya amanah yang dipertanggungjawabkan kepada beliau berakhir dengan Kilauan Emas Buat Malaysia Merdeka.

Selain itu, beliau turut menyatakan saingan hari ini memberikan halangan dari segi mental dan fizikal kepada beliau. Namun beliau nekad untuk menjuarai acara ini.

“Kemenangan ini adalah untuk seluruh Rakyat Malaysia dan berharap untuk beraksi cemerlang dalam acara kesukaannya “Keirin”, esok,” kata Azizulhasni Awang.

John Beasley, Jurulatih Azizulhasni Awang turut meluahkan kebanggaan beliau di atas kemenangan Azizulhasni dan usaha mereka membuahkan hasil. Selain itu Shah Firdaus hampir membutirkan kilauan gangsa tetapi ianya belum berhasil tambah beliau.

Kilauan Emas dari ‘The Pocket Rocketman’ ini menyaksikan Malaysia kini telah meraih dan menambah emas menjadikan Emas Ke – 5 buat kontigen Malaysia di Sukan Asia 2018. Hanya tingal lebih kurang 3 hari lagi Sukan Asia melabuhkan tirainya maka sasaran tujuh emas yang telah ditetapkan oleh kementerian menjadikan pembakar semangat buat semua pasukan dan atlet Malaysia yang masih bertanding.

Lihat imej sumber
Shah Firdaus
                                 
Sementara itu juga, Shah Firdaus yang beraksi dalam penentuan pingat gangsa terpaksa akur dengan kehebatan pelumba basikan Korea Selatan, Chae-Bin dengan kekalahan tipis 2 – 1.

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
                              
“Kegagalan untuk menghadiahkan pingat buat Kontigen Malaysia saya amat sedih”, Kata Shah Firdaus. Dalam separuh akhir, saya mengakui kehilangan rentak kayuhan dan pada perlumbaan penentuan tadi saya berikan yang terbaik untuk team Malaysia tetapi mungkin tuah belum memihak kepada saya maka Chae-Bin yang memiliki tenaga lebih berjaya memintas saya,” kata Shah Firdaus.


@ Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

MISSING WOMAN RESCUED NEAR TOKYO AFTER 36 HOURS ADRIFT AT SEA - YOKOKUSA JAPAN

MISSING WOMAN RESCUED NEAR TOKYO AFTER 36 HOURS ADRIFT AT SEA - YOKOKUSA JAPAN @Jackie San YOKOSUKA, Japan A woman was rescued from the sea ...