2018年8月30日木曜日

Pingat Emas - Ahmad Amsyar Azman, Hari Jadi Ke - 26 Hadiah Paling Bermakna




 Lihat imej sumber


Penerjun negara Ahmad Amsyar Azman nekad untuk menghadiahkan pingat sempena hari jadinya ke-26 tahun ini. Beliau akan beraksi merebut tempat ke podium bagi acara 1m papan anjal individu lelaki bersama seorang lagi wakil penerjun negara iaitu Syafiq Putih mala mini (30 Ogos 2018). Malah beliau turut mengatakan kemungkinan pingat itu buat seluruh rakyat Malaysia sempena Kemerdekaan Ke-61. Insya Allah.

Segalanya amat mudah buat kedua-dua penerjun negara yang menempatkan mereka di antara 12 penerjun terbaik Sukan Asia mara ke final malam ini.

Lihat imej sumber

Bagi Amsyar, semangat untuk mengapai pingat, kondisi serta sokongan padu dari jurulatih, kawan-kawan serta rakyat Malaysia. Beliau mengharapkan tuah hari jadinya yang Ke-26 mampu menjadi hadiah teristimewa untuknya dalam Sukan Asia di Palembang, Jakarta kali ini.

Lihat imej sumber


Tahun 2017 Sempena Sukan SEA di Kuala Lumpur menyaksikan beliau dikalungkan Pingat Emas menerusi acara kegemarannya itu dan berharap agar tuah yang sama akan berlaku di pentas Sukan Asia malam ini.

“Saya meraih Pingat Emas dalam Sukan SEA tahun lalu. Saya akan melakukan yang terbaik pada hari jadi saya ini, Kata Amsyar.

 Lihat imej sumber


Sementara itu, bagi penerjun muda negara iaitu Syafiq Putih yang berada di kedudukan Ke-5 kelayakan tidak mahu berasa terlalu selesa kerana aksi final pasti sengit, Kata Syafiq.

Syafiq tidak menafikan keseluruhan penerjun beraksi pada tahap yang terbaik dalam saingan kelayakan hari ini. Beliau bangga di atas pencapaian ini.

“Saya telah bertandingan dengan penerjun-penerjun dunia Asia hari ini. Saya amat bangga sekali dan ianya menjadi sejarah permulaan kerjaya terjun saya. Saya pasti akan melakukan terjunan terbaik dan memberikan tumpuan kepada rutin yang ditetapkan. Saya mahu menghadiahkan pingat untuk rakyat Malaysia sempenan Hari Kemerdekaan Ke-61 Tahun ini. Doa anda semua kepada kami di Palembang & Jakarta agar senantiasa maju dalam karier terjun kami, amatlah saya hargai.
Insya Allah. Aamin.

Lihat imej sumber

www.jacknjillscute.com


@Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...