2020年8月18日火曜日

VIRAL " Remaja Bunuh 23 Pelajar dan Guru Tahfiz Didapati Bersalah "


KUALA LUMPUR : Suasana dalam Mahkamah Tinggi hiba selepas Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman penjara kepada remaja lelaki yang berusia 19 tahun sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong hari ini.


Hakim Azman dengan rasminya menjatuhkan hukuman itu selepas remaja terbabit didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, tiga tahun lalu.


Tertuduh yang kelihatan menangis itu dan tersandar di kerusi dalam kamar mahkamah.


Hakim menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah atas kesemua pertuduhan yang dikenakan.


Ketika membaca keputusan penghakimannya, Hakim berkata, tertuduh dikehendaki untuk menjalani hukuman penjara sehingga diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong.


Menurutnya lagi, ia selaras dengan keperluan Seksyen 97 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang mana hukuman penjara itu selama ianya diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong apabila tertuduh tidak boleh dikenakan hukuman mati memandangkan ketika kejadian tertuduh berusia 16 tahun.


"Tertuduh didapati dengan sengaja melakukan khianat tersebut dengan niat untuk membunuh pelajar tahfiz dan juga guru tahfiz, " katanya.


pada 20 Januari 2020 yang lalu, Mahkamah Tinggi yang sama, telah memerintahkan agar remaja tersebut untuk membela diri atas tuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah pada September 2017.


Sementara seorang lagi remaja yang juga tertuduh kedua (2), dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan yang sama oleh mahkamah.


Dua (2) remaja berkenaan yang ketika itu berumur 16 tahun, telah didakwa membunuh dengan sengaja dan juga menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz dalam kebakaran di pusat tahfiz tiga (3) tingkat tersebut.


Dua (2) daripada mangsa yang terkorban merupakan warden di pusat tahfiz itu.


Kejadian berlaku di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini antara jam 0415 pagi dan 0645 pagi pada 14 September 2017.


Dalam kejadian yang menyayat hati itu, 23 mangsa maut ialah Muhammad Danieal Md. Amin, 14, Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13, Muhammad Hasrullah Ismaik, 14, Muhammad Haikal Abdullah, 12, Muhammad Aidil Aqmail Mohd Zamzuri, 10, Muhammaf Fahmie Abdullah, 11, Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11, Muhammad Aiman Ramzanudin, 12, Azkar Dariemi F. Zaska, 8, Nik Muhammad Ridzuan Nik Azlan, Azkar Abiedi F. Zaska, 11.


Selain itu juga, mangsa lain adalah Umar Al Khatab Helmi 6, Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11, Muhammad Nizammudin Nasrun, 13, Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman, 11, Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman,10, Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16, Ahmad Harith Adam Mohd. Nor Hadi, 12, Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13, Muhammad Syafik Haikal Abdullah, 13, Muhammad Zattulah Roslan, 11, Mohd Yusuf Md, 26 (guru) dan Mohd. Amrul Nizam Sakarno, 25 (guru).


Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim manakala remaja tersebut masing-masing diwakili peguam, Haijan Omar dan Ravin Jay.


@ Jackie San

2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/08/viral-remaja-bunuh-23-pelajar-dan-guru.html

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/03/8-pelajar-sekolah-agama-berasrama-maut.html?showComment=1646655310369#c5397151487443361431

    返信削除

Featured post

GUIDE THINGS TO DO IN OITA, JAPAN

   https://youtu.be/zfoI4a-bgZo?si=djJGxs8wb-1nV0Cn >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<