2021年11月4日木曜日

18 PEMBUNUH ZULFARHAN DIBEBASKAN DENGAN IKAT JAMIN - UPNM

 " BEKAS PENUNTUT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) DIJATUHI HUKUMAN PENJARA 18 TAHUN ATAS PEMBUNUHAN TANPA NIAT ALLAHYARHAM ZULFARHAN DAN DIBEBASKAN IKAT JAMIN "

 


Tahun 2017 menyayat hati bagi seluruh Rakyat Malaysia yang telah dikejutkan dengan kes pembunuhan nyeri seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) iaitu Zulfarhan Osman Zulkarnain.

 

Kes tersebut dilihat amat kejam yang telah dilakukan dengan niat membunuh ke atas rakan sendiri di asrama Universiti. Ianya dilakukan dengan dasar mulanya tanpa niat dan berakhir dengan kematian.

 

Kes tersebut juga bermula apabila mangsa iaitu Zulfarhan dibelasah beramai-ramai oleh 18 orang pelajar lain menggunakan pelbagai alatan secara kejam. Seperti seterika wap, tali pinggang, getah paip dan juga penyangkut baju akibat dituduh berkaitan kehilangan sebuah komputer riba.

 


Seminggu selepas mangsa diperlakukan begitu kejam, dua (2) orang pelajar UPNM telah menghantar mangsa ke sebuah kondominium di Bangi untuk berehat seperti makluman saksi.

 

Sehari selepas itu, saksi terlihat mangsa sudah kaku dan terus dibawa ke Hospital Serdang, Selangor berdekatan dengan UPNM sebelum disahkan oleh pihak Hospital Serdang mangsa iaitu Zulfarhan meninggal dunia.


19 PEMBUNUH KEJAM ZULFARHAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH !

 

Memulakan pembukaan kes siasatan, Pada Januari 2018, perbicaraan dimulakan dengan memanggil 31 orang saksi termasuklah Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang, Dr. Salmah Arshad bagi tujuan membantu siasatan dan memberikan keterangan.

 

Hasil bedah siasat ke atas Zulfarhan, pada Bulan Jun 2017 maka, ianya telah menyebabkan 19 orang bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan bersubahat dan turut dengan niat membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain.

 

Kes Pembelaan pula turut dilakukan dan bermula pada Oktober 2019 dengan melibatkan 19 bekas penuntut UPNM yang terlibat dikaitkan bersalah dalam kes Zulfarhan.

 

Selain itu, terdahulu pula, enam (6) daripada bekas pelajar UPNM telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh serta bersubahat sehingga didakwa mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

 

Pembelaan tersebut telah membebaskan seorang daripada mereka iaitu Muhammad Akmal Akif Alias selepas terlepas daripada tuduhan bersubahat dalam pembunuhan nyeri Zulfarhan.

 

Pada 30 September 2021 yang lalu, adalah merupakan tarikh akhir penghujahan kes pembelaan sebelum keputusan muktamad dikeluarkan oleh Mahkamah pada 02 November 2021 (Selasa).

 

18 BEKAS PELAJAR UPNM DIDAPATI BERSALAH DENGAN NIAT MEMBUNUH ZULFARHAN !

 


Memetik laporan yang dikeluarkan media pada 02 November 2021 (Selasa), daripada 18 pesalah yang terlibat dengan pembunuhan Zulfarhan, enam (6) bekas penuntut UPNM telah dilepaskan daripada hukuman gantung mandatori sampai mati dan telah dijatuhkan hukuman penjara hanya 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 02 November 2021 (Selasa).

 

Hukuman itu dijatuhkan selepas mereka didapati betul-betul bersalah atas pertuduhan mencederakan tanpa niat untuk membunuh terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.

 

Dalam masa yang sama pula, 18 orang pesalah lagi dijatuhi hukuman hanya tiga (3) tahun penjara selepas mereka didapati bersalah kerana bersubahat untuk membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain.

 

 >>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2020/01/kematian-zulfarhan-upnm-akibat-didera.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/01/kaki-buli-sm-sains-kuching-3-pelajar.html  

https://www.jacknjillscute.com/2020/07/viral-dibuli-ditendang-dipaksa-cium.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/02/ustazah-firaun-dia-tidak-layak-hukum.html

https://www.jacknjillscute.com/2019/10/guru-diseksa-jadi-warden-sekolah.html 

https://www.jacknjillscute.com/2019/12/kes-buli-sekolah-tahfiz-disumbat-najis.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/kes-buli-punca-anggota-tudm-maut-dalam.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/isteri-murung-disebabkan-suami-kedekut.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/masyarakat-dungun-dipanggil-konservatif.html 

 


@ Jackie San  

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

DESPITE KING'S CALL FOR CLOSURE, UMNO YOUTH CHIEF SAYS NO LET UP ON KK MART BOYCOTT

DESPITE KING'S CALL FOR CLOSURE, UMNO YOUTH CHIEF SAYS NO LET UP ON KK MART BOYCOTT  @Jackie San KUALA LUMPUR (April 3,2024) : Umno Yout...