Wednesday, 2 October 2019

GURU DISEKSA JADI WARDEN SEKOLAH

WARDEN SEKOLAH BUKAN KERJA KAMI !







KUALA LUMPUR :
Presiden Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Aminuddin Awang mendakwa masih terdapat guru 'dipaksa rela' untuk menjadi warden sekolah berasrama penuh oleh pengetua. Ini disifatkan kejam !

Katanya tindakan itu bukan sahaja menambah bebanan tugas hakiki seorang guru, skop kerja tambahan tersebut juga akan menjadi tanggungjawab seorang pendidik itu sudah dilihat tidak efisien lagi.

"Saya percaya tiada guru yang suka dan rela untuk menjadi warden sekolah. Kerja ini membebankan dan buang masa, kata beliau. Mereka ini 'dipaksa' untuk menjadi warden, manakala pengetua sewenangnya bersantai makan tidur di rumah. Guru sebagai pendidik ini 'dipaksa' untuk menjadi warden, hanya sesetengah pihak pengurusan sekolah yang membuat sistem penggiliran memandangkan ramai guru yang menolak untuk menjadi warden. Guru yang bujang dan menumpang di tinggal di sekolah menjadi mangsa sebagai warden.

"Berdasarkan situasi ini saya sarankan kepada kerajaan sekali lagi agar diwujudkan warden bukan dalam kalangan guru. Persatuan guru pernah mencadangkan agar diwujudkan warden sepenuh masa, tetapi cadangan itu ditolak oleh Kementerian Pendidikan yang tidak memandang serius perkara ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Aminuddin berkata apabila menyentuh soal sekolah berasrama penuh, warden memainkan peranan penting kerana seorang guru tersebut mempunyai dua tugasan yang perlu dilakukan sepanjang hari sehingga waktu malam dan mereka tetap juga bertugas pada penghujung minggu. Tiada masa untuk mereka meningkatkan kecergasan minda, tubuh badan dan selalunya prestasi mereka menurun pada hari Isnin.

Beliau berkata ianya amat jelas menunjukkan warden sangat terbeban dan risiko yang ditanggung itu membuktikan skop tugas mereka lebih mencabar dan ditambah dengan tanggungjawab hakiki di sekolah menyebabkan mereka tidak mampu menumpukan perhatian kepada tugas sebagai warden. Lebih baik mereka mengisi kekosongan sebagai warden berbanding menjawat jawatan guru!

 "Dalam hal ini bagi memastikan mereka ini dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan, berintegriti kita amat mengharapkan agar kajian terperinci secara khusus oleh Kementerian Pendidikan yang nampaknya kurang melihat kehadapan bagi mengatasi permasalahan ini. Jangan tidur di kementerian," katanya.

Sementara itu Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata masalah buli masih berleluasa di sekolah, terutamanya di sekolah asrama penuh. Ini menampakkan pengetua kurang berperanan dan hanya tidur di rumah.

Jelasnya pentabir sekolah terutama pengetua masih tidak dapat mengawalnya dengan baik dan pihak sekolah asrama penuh disarankan mengkaji semula tugas pengetua, pihak pengurusan sekolah serta Prosedur Operasi Standard (SOP) masing-masing agar isu buli dalam kalangan pelajar dapat dibendung.  
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Kes buli perlu diambil serius permasalahannya, ia bukannya perkara main ataupun remeh kerana perkara itu boleh memalukan pentadbiran/pengurusan sekolah. Perkara seperti ini tidak patut bertolak ansur ataupun diambil mudah, " jelasnya.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Media tempatan sebelum ini melaporkan keputusan penghakiman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang memutuskan tuntutan RM 616,634.20 kepada seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) yang menjadi mangsa buli, empat tahun lepas. Tindakan ibu bapa dan keluarga mangsa buli harus dipuji dan ianya adalah wajar sebagai suatu tindakan pengajaran kepada pihak pentadbiran sekolah serta pembuli (pelajar). Kita mesti tegas dalam hal ini sekiranya tidak dibendung pelajar Malaysia nampaknya semakin tidak waras dan menampakkan didikan kita ke arah negatif. Tegas beliau.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz memerintahkan lima pembuli yang juga bekas pelajar sekolah itu selaku defendan pertama hingga lima yang kini berusia 21 tahun, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sulaiman Ngarif (defendan keenam); Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (defendan kelapan) dan Kerajaan Malaysia (defendan kesembilan) membayar gantirugi dan tuntutan keluarga mangsa buli. Sewajarnya jutaan ringgit harus dibayar kepada mangsa. Ianya tidak wajar sebagai pendidik serta pentadbiran Kementerian serta sekolah mempersendakan undang-undang negara serta institusi pendidikan yang sekarang semakin hari semakin dipandang negatif. Mereka harus dipecat jika gagal membayar tuntutan itu. - Bernama


@ Jackie San

1 comment:

Featured post

Kopral Limbang DiKhuatiri Lemas di Sungai Medait Long Napir Limbang

  https://youtu.be/tT9-778bnsY