2021年10月20日水曜日

ISTERI MURUNG DISEBABKAN SUAMI KEDEKUT

 RAMAI WANITA MURUNG BERPUNCA DARI SUAMI KEDEKUT !

 


KUALA TERENGGANU - Kegagalan suami untuk memberikan nafkah seperti belanja dapur harian kepada isterinya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 salah satu punca utama ramai dalam kalangan wanita menghidap kemurungan yang melampau sehingga mengambil keputusan mengorbankan rumah tangga yang dibina selama alam perkahwinan mereka.

 

Perkara tersebut didedahkan oleh Persatuan Peguam Syarie Terengganu (PPST) selepas meneliti punca permohonan perceraian fasakh yang dikendalikan persatuan sepanjang tempoh berkenaan iaitu sejumlah 71.4 peratus diikuti permohonan cerai ta'liq (21.4 peratus) dan nafkah anak (7.2 peratus).

 

Presiden PPST, Fazrul Anuar Yusof turut memaklumkan, setiap kali individu yang datang meminta rujukan dan juga bantuan daripada pihaknya, dengan pelbagai alasan yang diberikan adalah sama sahaja, iaitu tidak sanggup untuk meneruskan kehidupan dengan suami mereka yang kedekut.

 

" Mereka juga memaklumkan suami mereka sangat berkira untuk menghulurkan wang belanja harian sekali gus keadaan ini telah menyebabkan mereka tertekan dengan kehidupan harian.

 

" Mereka turut mendakwa jika tidak dikawal boleh menjadi " gila " disebabkan kemurungan yang melampau atas desakan isu kewangan, jadi bagi mengatasi permasalahan ini berterusan, mereka mengambil keputusan untuk memohon perceraian adalah langkah terbaik kerana telah merasakan tidak dapat meneruskan hidup bersama pasangan masing-masing, " katanya ketika dihubungi oleh media.

 

Menurut Fazrul lagi, selepas mereka menerima aduan dan juga permohonan perceraian individu berkenaan, pihaknya akan memanggil pasangan masing-masing untuk mendengar alasan bagi membantu yang bertujuan ' menyelamatkan ' rumah tangga mereka tetapi majoritinya yang datang memang sudah nekad untuk berpisah langkah terbaik mereka.

 

" Kebanyakan lelaki akan memberi alasan kenapa terpaksa bersikap ' kedekut ' dengan pasangan masing - masing adalah disebabkan tidak mempunyai wang lebih akibat tidak boleh melakukan kerja sepanjang tempoh tersebut.

 

" Namun masalah sedemikian juga tidak boleh dijadikan faktor utama untuk memberi alasan sepenuhnya. Mereka perlulah mencari jalan ikhtiar ataupun berusaha mencari sumber kewangan walau dalam apa jua keadaan, kerana tanggungjawab memberi nafkah adalah wajib bagi setiap suami, " jelasnya.

 

PPST ditubuhkan bagi memberi khidmat guaman secara percuma kepada wanita asnaf sejak tahun 2018.

 

Bantuan yang disediakan adalah melibatkan dan membabitkan empat (4) jenis kes iaitu nafkah isteri, nafkah anak, perceraian secara ta'liq dan perceraian secara fasakh.

 

Pemohon perlu berpendapatan kurang dari RM 1,000, kes mestilah belum difailkan di mahkamah syariah dan juga syarat - syarat lain yang ditetapkan oleh PPST secara percuma.

 

>>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/indonesia-berpesta-singkirkan-malaysia.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/masyarakat-dungun-dipanggil-konservatif.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/anis-amira-tidak-layak-ke-olimpik-2024.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/kes-buli-punca-anggota-tudm-maut-dalam.html 


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/10/isteri-murung-disebabkan-suami-kedekut.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<