2021年8月27日金曜日

Anis Amira Tidak Layak Ke Olimpik 2024 ?

ANIS AMIRA DIJANGKA MENGHADAPI KESUKARAN LAYAK KE OLIMPIK 2024


Kuala Lumpur : Pelumba basikal trek wanita negara iaitu Anis Amira Rosidi dijangka akan berdepan kesukaran untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tahun 2024 nanti.

 

Dengan berbaki kurang tiga (3) tahun sebelum temasya Olimpik yang akan diadakan di Negara Paris akan bermula, masa jelas mencemburui pelumba yang berusia 23 tahun itu bagi mendapatkan lebih banyak pendedahan di pentas antabarangsa ketika Pandemik Wabak COVID-19 masih melanda seluruh dunia masa ini.

 

Ketua Jurulatih basikal trek iaitu John Beasley menganggap Anis, kurang bernasih baik disebabkan situasi semasa yang melanda ketika ini dan pengalaman beliau.

 

" Kita masih dalam keadaan yang mana pandemik COVID-19 masih melanda dan dia memerlukan kejohanan antarabangsa yang kompetitif untuk meningkatkan lagi prestasinya buat masa ini di samping pengalaman beliau masih kurang."

 

" Walaupun nanti pandemik sudah semakin reda dan dia mempunyai peluang untuk berlumpa dalam kejohanan antarabangsa, namun ia juga tidak baik sekiranya dia perlu menjalani kuarantin selama dua (2) minggu sebaik pulang ke Malaysia.

 

" Jadi, untuk menjawab persoalan itu sama ada Anis mampu layak ke Paris jawapannya adalah tidak pasti dan kemungkinan tidak. Anis akan berdepan dengan situasi kesukaran yang amat jelas untuk layak ke Paris namun kami tetap akan melakukan yang terbaik untuk membantunya buat masa ini," kata Beasley.

 

Anis yang berasal dari Negeri Perlis itu adalah pelumpa tunggal wanita dalam skuat elit negara selepas Fatehah Mustapa membuat keputusan untuk bersara awal pada April 2021 yang lalu.

 

Pada Mei lalu, Anis berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam acara 500 meter ujian masa di Kejohanan Piala Negara - Negara UCI di Hong Kong.

 

Anis dijadualkan untuk beraksi dalam Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Cali, Colombia, bulan September 2021 nanti bagi mengukuhkan kedudukannya untuk melayakkan diri ke Kejohanan Dunia di Negara Paris, Bulan Oktober 2021 nanti.

 

 >>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/viral-skuad-keirin-negara-gagal.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/kekalahan-0-10-skuad-bola-sepak-negara.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/karim-bersikap-perkauman-terhadap.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/viral-sukan-itu-menyeronokkan-dan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/02/apakah-kecederaan-sukan-yang-sering.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/02/4-cara-mudah-atasi-kekejangan-otot.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/08/viral-hampir-semua-pemain-barcelona.html 


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/08/anis-amira-tidak-layak-ke-olimpik-2024.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<