2021年10月17日日曜日

INDONESIA BERPESTA SINGKIRKAN MALAYSIA : PIALA THOMAS 2021

INDONESIA BERPESTA SINGKIRKAN MALAYSIA !

 


Perjuangan Skuad Badminton Malaysia dalam kempen untuk kemenangan dan pertarungan di Piala Thomas 2021 akhirnya ditewaskan mudah 0 - 3 di tangan musuh tradisi negara iaitu Indonesia pada aksi suku akhir di Aarhus, Denmark pada 15 Oktober 2021 (Jumaat) bermula jam 1930 malam waktu Malaysia.

 

Pada mulanya pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memberikan mata kekalahan pertama dalam misi mengutip mata pertama negara selepas ditundukkan begitu mudah oleh Jonathan Christie - lawan yang ditewaskannya ketika suku akhir pada Piala Sudirman dua (2) minggu lalu ( 15-21, 17-21).

 

Harapan seterusnya diletakkan ke atas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara beregu lelaki iaitu gandingan mantap kononnya Aaron Chia - Soh Wooi Yik untuk kembali menyamakan kedudukan juga memberikan jalan buntu bagi skuad badminton negara semakin sukar dilihat memberikan mata kepada pasukan. Akhirnya keputusan muktamad pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik itu tewas di tangan pasangan nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideo - Kevin Sanjaya Sukamuljo (17-21, 21-16, 15-21).

 

Selepas itu, harapan diberikan kepada sandaran bintang muda negara yang memberikan saingan sengit kepada lawannya. Ng Tze Yong yang diberikan tanggungjawab untuk mengalas sebagai perseorangan kedua memberikan tanda - tanda positif dalam awal perlawanannya untuk sekurang-kurangnya menghidupkan kembali perjuangan skuad negara tetapi beliau terpaksa akur di saat terpaksa bermain untuk tiga (3) set dan akhirnya tewas dalam pertarungan di tangan Jonathan Christie 21-14, 19-21, 16-21. Walaupun demikian, Ng Tze Yong boleh diharapkan untuk terus dilatih kerana semangat juang yang tinggi serta corak permainan yang boleh dipuji dengan ketangkasan yang ditunjukkan pada permainan beliau yang amat bagus berbanding corak permainan rakan senegara yang lebih senior.

 

Keputusan itu turut menyaksikan skrip yang sama berulang buat Malaysia apabila turut tewas di tangan Indonesia di peringkat yang sama pada edisi tahun 2018 di Bangkok, Thailand.

 

Selain itu, dapatlah dirumuskan di sini bahawa Malaysia bukanlah setanding dengan Skuad Badminton seperti China, Indonesia mahupun Denmark buat masa ini.

 

Tetapi skuad badminton lelaki boleh lah dibanggakan berbanding dengan skuad badminton wanita negara yang masih tidak ke mana hala tujunya.

 

 >>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/no-reward-for-ziyad-paralympic-tokyo.html 

https://www.jacknjillscute.com/2019/09/hydration.html 

https://www.jacknjillscute.com/2019/09/tips-to-hit-wall-during-marathon.html 

https://www.jacknjillscute.com/2019/10/the-latest-top-10-best-tennis-shoes.html 

https://www.jacknjillscute.com/2019/12/2019-sea-games-poor-host-by-philippines.html 

https://www.jacknjillscute.com/2019/12/big-issues-malaysians-outraged-after.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/03/ultra-runner-is-what.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/malaysias-first-gold-medal-at-tokyo.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/asean-nations-offer-huge-rewards-to.html 


@ Jackie San 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/10/indonesia-berpesta-singkirkan-malaysia.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<