2021年10月13日水曜日

Masyarakat Dungun Dipanggil " Konservatif " - Teressa

 ISU ARAK " KECOH " DI DEWAN RAKYAT !


 

KUALA LUMPUR : Sidang Dewan Rakyat sesi Khamis ( 07 October 2021 ) hangat seketika apabila isu penjualan arak dibangkitkan.

 

Suasana yang agak genting serta panas itu bermula apabila Wan Hassan Mohd Ramli (PAS - Dungun) dalam soalan tambahannya meminta Kementerian Wilayah Persekutuan untuk memberikan matlamat dan juga tujuan asal Garis Panduan Lesen Minuman Keras (LMK) yang tidak membenarkan penjualan arak di kedai serbaneka, kedai runcit serta kedai ubat Cina di seluruh Kuala Lumpur.

 

Menjawab kepada soalan tersebut, Menterinya Datuk Seri Dr Shahidan Bin Kassim berkata, langkah untuk memperkenalkan garis panduan LMK itu dibuat bagi membolehkan kementeriannya melihat semula jumlah lesen yang telah dikeluarkan untuk tujuan tersebut.

 

" Jadi sekarang ini kita tidak mahu lagi beri lesen (jual arak) kepada kedai runcit, kedai serbaneka serta kedai ubat Cina tetapi kedai yang dikhususkan untuk jualan arak masih dibenarkan.

 

" Jikalau mengikut statistik kebenaran yang telah diberikan ini turut menunjukkan bahawa mereka yang memohon dan juga mendapatkan kelulusan (jual arak) telah bertambah, " katanya.

 

Tidak berpuas hati dengan soalan yang dibangkitkan Wan Hassan, Teresa Kok (Pakatan Harapan - Seputeh) membangkitkan dan mempersoalkan kewajaran larangan penjualan arak di premis berkenaan.

 

Ujar Teresa, tidak wajar isu penjualan arak di kedai serbaneka, kedai runcit dan juga kedai ubat Cina di Seluruh Kuala Lumpur dipersoalkan kerana perkara itu sudah lama diperkenal serta dilaksanakan.

 

" Kuala Lumpur turut merupakan ibu negara Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk dan menjadi wajah kepada Malaysia, bukannya masyarakat konservatif seperti di Dungun.

 

" Larangan ini sebenarnya telah mengecewakan banyak peniaga kerana kebanyakan kedai Cina menjual ubat kesihatan yang mengandungi arak," tambahnya lagi.

 

Kenyataan Teresa membandingkan masyarakat di Kuala Lumpur dengan masyarakat di Dungun, Terengganu yang disifatkan konservatif itu membangkitkan rasa kurang senang ahli Parlimen PAS.

 

Beberapa ahli Parlimen PAS bangkit meminta supaya Teresa menarik balik kenyataan konservatif yang bersifat penghinaan kepada masyarakat di Dungun, Terengganu.

 

Datuk Awang Hashim (PAS-Pendang) bangkit mencelah meminta Teresa menarik balik kenyataan konservatif yang dikeluarkan itu.

 

Suasana tegang itu berlanjutan beberapa minit sebelum ditenangkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

 

" Yang Berhormat tolong, tidak ada hinaan," katanya.

 

Persidangan Dewan Rakyat kemudiannya diteruskan dengan sesi pertanyaan bagi jawab lisan.

 

 >>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/kes-buli-punca-anggota-tudm-maut-dalam.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/annuar-yakin-bn-ada-calon-jadi-perdana.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/anuar-ibrahim-marah-tidak-dipilih-pm-ke.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/anis-amira-tidak-layak-ke-olimpik-2024.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/kluster-kampung-matang-lot-kuching.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/wajib-ber-niqab-pelajar-perempuan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/kanak-kanak-dibiarkan-minum-air-lumpur.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/cecair-merah-keluar-di-tanah-perkuburan.html 


@ Jackie San

 

 

 

 

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN

  KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN @Jackie San Apr 6 / 11:00 AM   〜   4:45 PM Kanamara Matsuri (otherwise known as the “Penis Festiva...