2021年9月10日金曜日

WAJIB BER NIQAB PELAJAR PEREMPUAN UNIVERSITI - TALIBAN

KABUL, AFGHANISTAN :

 


Taliban mewajibkan pelajar perempuan yang mahu menyambung pengajian di Universiti Swasta di Negara Afghanistan untuk memakai jubah dan juga niqab.

 

Selain itu juga, pelajar lelaki dan pelajar perempuan juga disyaratkan supaya diasingkan dalam kelas berbeza atau sekurang - kurangnya dipisahkan dengan tirai.

 

Dalam dokumen panjang lebar yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa pendidikan Taliban, mereka juga turut mengarahkan pelajar perempuan hanya diajarkan oleh Pensyarah wanita.

 

Namun begitu, jika tiada pensyarah wanita, maka lelaki berusia dengan ' perwatakan yang baik ' boleh dipertimbangkan untuk sebagai pengganti kelak.

 

Peraturan sama terpakai untuk kolej swasta dan juga universiti yang banyak ditubuhkan sejak pentadbiran terdahulu Taliban berakhir pada 2001 susulan serangan tentera Amerika Syarikat (AS).

 

Sepanjang tempoh tersebut, gadis dan juga wanita sukar untuk mendapatkan pendidikan berikutan peraturan kelas perlu dipisahkan antara wanita dan juga lelaki selain perempuan harus ditemani saudara lelaki setiap kali keluar dari rumah mereka.

 

Tiada arahan untuk wanita untuk memakai 'Burqa' dalam peraturan baharu yang dikeluarkan pada 05 September 2021 (Ahad), sebaliknya hanya 'Niqab' yang menutupi sebahagian besar wajah dengan hanya mendedahkan mata mereka.

 

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, 'Burqa' dan 'Niqab' hampir tidak digunakan di Kabul dan hanya digunakan di beberapa bandar yang lebih kecil.

 

Arahan baharu Taliban itu dikeluarkan ketika universiti swasta dijangka akan bermula pada 07 September 2021 (Selasa).

 

" Selain itu, Pengurusan Universiti diminta untuk menyediakan pensyarah wanita untuk pelajar wanita berdasarkan kemudahan yang mereka miliki.

 

" Selain itu, pihak pengurusan mesti menyediakan pintu masuk dan juga pintu keluar yang berbeza bagi pelajar perempuan serta lelaki, " menurut arahan tersebut.

 

Disebabkan pelajar perempuan diwajibkan belajar di kelas yang berasingan, mereka juga perlu mengakhiri pembelajaran lima minit ( 5 min ) lebih awal berbanding pelajar lelaki untuk mengelakkan mereka bergaul di luar kelas.

 

Mereka kemudian perlu menunggu di ruangan khas sehingga rakan pelajar lelaki meninggalkan bangunan.

 

Seorang profesor yang enggan dikenali berkata secara praktikal, ia adalah syarat yang sukar kerana institusi pendidikan tidak mempunyai kelas ataupun tenaga pengajar perempuan yang mencukupi untuk tujuan itu.

 

" Namun, perkembangan di mana mereka membenarkan perempuan untuk bersekolah, dan juga melanjutkan pengajian di sekolah adalah satu langkah positif, " katanya kepada AFP.

 

Sebelum pihak Taliban kembali berkuasa di Afghanistan pada 16 Ogos 2021 yang lalu, wanita dan juga lelaki di Afghanistan boleh belajar serta menghadiri seminar bersama.

 

>>>BACA ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/neelofa-pu-riz-sengaja-mempersendakan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/ramai-netizen-mempersoalkan-siapa.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/seorang-guru-cubaan-merogol-gagal.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/tidak-kisah-jika-disaman-rm-1-juta.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/jangan-kaitkan-saya-dgn-selipar-neelofa.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/tidak-solat-pun-confirm-saya-masuk.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/tajuddin-fine-after-not-wearing.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/pdrm-sabah-deny-human-trafficking.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/pdrm-set-to-complete-investigation.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/hanya-15-saat-varian-delta-boleh-merebak.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/majlis-makan-makan-di-skudai-membawa.html 

 


@ Jackie San 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/09/wajib-ber-niqab-pelajar-perempuan.html

    返信削除

Featured post

3 PEOPLE WHOSE DEATHS LINKED TO DIETARY SUPPLEMENT INTAKE HAD PRIOR HEALTH ISSUES IN JAPAN

3 PEOPLE WHOSE DEATHS LINKED TO DIETARY SUPPLEMENT INTAKE HAD PRIOR HEALTH ISSUES IN JAP AN @Jackie San TOKYO Three of the five people repor...