2021年5月17日月曜日

Seorang Guru Cubaan Merogol Gagal !

 


KUALA SELANGOR, SELANGOR :

Kementerian Pendidikan (KPM) telah menempatkan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puncak Alam, Kuala Selangor ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) sehingga siasatan berhubungnya telah mengeluarkan kata-kata tidak wajar semasa melaksakan pengajaran dan pembelajaran (PdP), selesai kelak.

 

KPM menerusi satu kenyataan hari ini telah memaklumkan, pihaknya mengambil maklum akan satu laporan polis yang dibuat murid berhubung kejadian pada 24 April yang lepas.

 

" Berikutan satu insiden dan ianya dalam siasatan pihak PDRM, KPM tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sepanjang tempoh siasatan. Ketika ini, KPM telah menempatkan guru itu di JPNS sehingga siasatan terhadap kes selesai kelak. Tindakan seterusnya adalah bergantung kepada hasil siasatan kes ini," katanya pada satu kenyataan.

 

Kementerian Pendidikan juga meneliti secara terperinci perkara yang tular mengenai komen yang dibuat Pengetua SMK Puncak Alam, Selangor itu terhadap murid berkenaan menerusi laman Facebook beliau.

 

" KPM mengesahkan satu laporan polis telah dibuat terhadap Pengetua SMK Puncak Alam, Selangor di Balai Polis Kuala Selangor. Beliau menafikan telah memuat naik komen berkenaan dan mengesyaki akaun Facebook miliknya kemungkinan telah digodam oleh keluarga atau rakan-rakannya," katanya.

 

Sementara itu, mengenai Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah, KPM menjelaskan sekolah terbabit mengeluarkan enam (6) surat kepada pelajar berkenaan pada 16 hingga 30 April 2021 yang lalu.

 

" Pemantauan kehadiran murid ke sekolah dilaksanakan melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). Sekiranya murid tidak hadir ke sekolah selama tiga (3) hari berturut-turut atau 10 hari tidak berturut-turut tanpa mengemukakan sebab secara bertulis kepada pihak sekolah, guru, melalui sistem ini, akan menjana Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah: Amaran Pertama.

 

" Surat ini kemudian akan dipos kepada ibu bapa atau penjaga murid tersebut, " katany.

 

Kata kenyataan itu, surat pemberitahuan itu dikeluarkan bertujuan memastikan ibu bapa ataupun penjaga, dan juga pihak sekolah mengetahui serta cakna akan kehadiran dan keberadaan murid semasa sesi persekolahan mereka.

 

" Tindakan ini membolehkan KPM memantau kemungkinan berlaku keciciran dalam kalangan murid dan juga seterusnya mengambil tindakan intervensi sewajarnya," katanya.

 

Sehubungan itu, KPM menegaskan pihaknya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan juga kebajikan murid serta seluruh warga sekolah.

 

>>>BACA LEBIH ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/karim-pandalela-belum-layak.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/ramai-netizen-mempersoalkan-siapa.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/neelofa-pu-riz-sengaja-mempersendakan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/tragedy-of-kri-nanggala-402-is-worst.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/tmj-dihina-penuntut-universiti-tempatan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/sambutan-pesta-keramaian-aktiviti.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/viral-kematian-jururawat-kesan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/majikan-pukul-pengawal-hampir-mati.html 

 



@ Jackie San



2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/05/seorang-guru-cubaan-merogol-gagal.html

    返信削除
  2. This is another testimony on how Chief Dr Lucky cured my HIV disease. Do you need a cure for your HIV disease? Do you want to be cured from your cancer disease? Or you want to be free from any type of disease. Kindly visit https://chiefdrluckyherbaltherapy.wordpress.com/ . He just cured my HIV disease and I’m very grateful to him, he is the only herbalist that can cure you.
    WhatsApp number : +2348132777335
    Via Email : chiefdrlucky@gmail.com
    Thank you all for reading,
    God bless"

    返信削除

Featured post

How To Operate Apparatus To Get BET Good Results

  https://youtu.be/1QESnZrkBk0 >>> MORE VIDEO JUST CLICK HERE <<<