2021年4月16日金曜日

Majikan Pukul Pengawal Hampir Mati Kerana Berpuasa Terlepas Hukuman



PETALING JAYA, SELANGOR :

Akibat menunaikan puasa dua (2) orang pengawal keselamatan ditampar berkali - kali, dipukul serta diancam dibunuh oleh majikan mereka.


Dalam kejadian pada jam lebih kurang 10 malam, kedua - dua mangsa berbangsa Melayu mendakwa ditampar serta dimarahi dengan perkataan kesat apabila memberitahu majikan mereka berkenaan menunaikan ibadah puasa selepas diajukan pertanyaan oleh majikan ketika berada di Lobi Residensi One KL, Jalan Pinang.

 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah turut memaklumkan bahawa bukan itu sahaja, kedua - dua mangsa yang beragama Islam itu mengikuti suspek yang berusia  lebih kurang 43 tahun itu ke rumahnya di Batu Nilam, Klang, Selangor sebelum dipukul beberapa kali dengan sebatan rotan tanpa belas kasihan.

 

" Apabila sampai di rumah suspek pula, kedua - dua mereka mendakwa telah dipukul dengan rotan hampir mati di samping diacukan pistol amaran bunuh.

 

" Kedua - dua mangsa mengalami lebam yang teruk di bahagian belakang badan dan telah mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, " katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Tambah Mohamad Zainal lagi, siasatan awal terhadap mangsa mendapati kedua - dua mangsa terbabit bekerja di sebuah syarikat dan dilantik sebagai pengawai peribadi kepada suspek berkenaan.

 

Beliau turut menambah, kedua - dua mereka sudah bekerja dengan suspek selama tiga (3) hingga tujuh (7) tahun lalu dan punca kejadian dipercayai akibat suspek tidak suka mereka berpuasa pada Bulan Ramadhan dan memaksa mereka untuk tidak berpuasa.

 

" Suspek juga telah merampas sepucuk pistol jenis Glock milik seorang daripada mangsa dan mengacukannya ke arah mangsa sambil membuat ugutan bunuh," katanya.

 

Dalam pada itu juga, Mohamad Zainal turut memaklumkan bahawa, rentetan kes terbabit, seorang ahli perniagaan sudah pun ditahan.

 

" Pada masa ini, siasatan telah dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan dan juga Seksyen 506 kanun sama atas melakukan ugutan jenayah (bunuh)."

 


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/04/majikan-pukul-pengawal-hampir-mati.html

    返信削除

Featured post

Kagoshima City Aquarium And Sakurajima Ferry Terminal Kagoshima

  https://youtu.be/5oTOt19W8Cg?si=ZcQezugH_AcExNDl >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE <<<