2021年4月23日金曜日

Sambutan Pesta Keramaian, Aktiviti Sosial Punca Peningkatan Kes COVID-19 Di Sarawak



PUTRAJAYA : 

Sambutan Pesta dan Acara Keramaian Termasuk Pesta Sosial seperti upacara pengebumian, makan-makan majlis perkahwinan adalah merupakan punca utama peningkatan kes COVID-19 yang tertinggi di Malaysia hasil dan disumbangkan oleh rakyat Sarawak.

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia memaklumkan bahawa peningkatan kes di negeri Bumi Kenyalang itu disebabkan oleh pertambahan dari kluster - kluster kalangan komuniti mereka termasuklah berpunca hampir keseluruhan kes hasil dari penduduk rumah panjang.

 

" Sarawak juga dilaporkan mempunyai banyak kluster komuniti yang tumbuh bagai cendawan sebagai contoh Kluster Sungai Gemuan dan juga Kluster Disso. Tidak mustahil esok atau lusa semakin banyak yang akan lahir kluster dari Negeri Sarawak. "

 

Berkenaan Kluster Sungai Gemuan yang dikenalpasti berada di Meradong selepas kes indeks dilaporkan positif pada 28 Mac 2021 adalah hasil saringan terhadap individu yang mempunyai gejala.

 

" Sehingga ke hari 16 April 2021 (Jumaat), 260 orang telah disaring dan 39 didapati penyumbang kes positif COVID-19 di Sarawak."

 

Manakala Kluster Disso pula telah dikesan di Daerah Saratok apabila kes indeks turut didapati positif pada 31 Mac 2021 (Rabu).

 

" Sehingga kini, terdapat 24 kes dikesan positif selepas 208 individu melakukan saringan."

 

Pengarah Kesihatan turut memaklumkan bahawa, kedua - dua kluster ini adalah antara tujuh yang dikenalpasti membabitkan empat (4) kluster tempat kerja dan juga tiga (3) kluster komuniti.

 

Bagi Kluster tempat kerja yang lain adalah seperti Jalan Kluang Satu (Pulau Pinang), Jalan Sultan Ismail (Johor) dan Batu Lima Jalan Sibuga (Sabah) serta Kluster Taman Bukit Pantai (Kuala Lumpur, Selangor).

 

Manakala bagi Kluster Sim-Sim (Sabah) merupakan kluster komuniti selain daripada Sungai Gemuan dan Kluster Disso.

 

Sehingga kini terdapat 1,442 kluster yang telah dikenalpasti sejak pandemik COVID-19 melanda Negara kita bermula pada Mac 2020 yang lalu.

 

" Daripada jumlah itu juga, 1,100 kluster sudah tamat dan terdapat 342 kluster COVID-19 di negara kita yang masih aktif," katanya.

 

Sentiasa Patuhi Saranan Kerajaan dan Nasihat Kesihatan Yang Sering Ditekankan Iaitu Elakkan 3S dan Pengamalan 3W.

 

 >>> BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI <<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/viral-kematian-jururawat-kesan.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/kejayaan-sarawak-tanggani-kes-covid-19.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/kes-terus-meningkat-sarawak-tidak.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/justifikasi-situasi-semasa-jangkitan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/03/jangan-terlalu-leka-dengan-pandemik.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/03/diskriminasi-sosial-terhadap-positif.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/03/apakah-punca-kluster-baharu-di-malaysia.html


@ Jackie San

 

 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/04/sambutan-pesta-keramaian-aktiviti.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<