2021年3月12日金曜日

Apakah Punca Kluster Baharu Di Malaysia - COVID - 19 ?

 


13 Kluster Baharu : 11 Punca Dari Jangkitan Di Tempat Kerja Mereka


SEBANYAK 361 KES POSITIF COVID -19 di kesan pada 08 Februari 2021 yang lepas yang melibatkan dan berpunca dari jangkitan di lokasi tempat kerja mereka.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 13 kluster baharu tersebut, 11 berkaitan dengan lokasi tempat kerja, serta masing - masing satu kluster komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.


" Selain itu, kluster - kluster aktif dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari tersebut adlaah Kluster Industri Serkam (329 kes), Tanjung Suria (218 kes) dan Sungai Putus (166 kes)," katanya dalam satu kenyataan.


Perincian 13 kluster baharu tersebut yang dikenal pasti adalah seperti berikut :


1. Kluster Jalan Sungai Rasa

Kluster tempat kerja ini yang melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes - kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID -19 pada 08 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Sungai Rasa Lama. Kawasan Perindustrian Sungai Rasa, Klang.


Sehingga 08 Februari 2021, sejumlah 79 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID -19 dalam kluster ini.


2. Kluster Jalan Teknologi

Kluster tempat kerja ini melibatkan Daerah Petaling di Selangor. Kes - kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID -19 pada 08 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Teknologi dan Taman Sains Selangor, Petaling. Sehingga 08 Februari 2021, sejumlah 350 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID - 19 dalam kluster ini.


3. Kluster Persiaran Hulu

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes - kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID -19 pada 08 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah syarikat pembinaan di Persiaran Hulu Selangor, Shah Alam.


Sehingga 08 Februari 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID -19 dalam kluster ini.


4. Kluster Tapak Bina Persiaran Mokhtar

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes - kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID - 19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam, Kuala Selangor.


Sehingga 08 Februari 2021, sejumlah 147 individu disaring di mana 85 kes telah dikesan positif COVID -19 dalam kluster ini.


5. Kluster Jalan Cyber Lima

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes - kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID -19 pada 08 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Cyber 5, Kulai.


Sehingga 08 Februari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 101 kes telah dikesan positif COVID -19 dalam kluster ini.


6. Kluster Jalan Harmonium

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Baharu di Johor. Kes - kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID - 19 pada 08 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat beli belah di Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, Johor Baharu.


Sehingga 08 Februari 2021, sejumlah 78 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID -19 dalam kluster ini.


7. Kluster Sri Menanti

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Tiga (3) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke - 233861, kes ke - 233873, dan kes ke- 233877) telah dilaporkan positif COVID -19 pada 05 Februari 2021 hasil saringan individu - individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam di Taman Sri Menanti, Kluang.


Sehingga 08 Februari 2021, sejumlah 20 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID -19 dalam kluster ini.


8. Kluster Laman Desaru

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke - 193101) telah dilaporkan positif COVID -19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokasi di mana kes - kes dilaporkan iaitu di Laman Desaru Coast, Bandar Penawar, Kota Tinggi.


Sehingga 08 Februari 2021, sejumlha 228 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID -19 dalam kluster ini.


9. Kluster Lengkok Pantai

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong, Lembah Pantai, dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes - kes bagi kluster ini telah dilaporkan Positif COVID -19 bermula pada 27 Januari 2021 hasil saringan bersasar terhadap pekerja - pekerja sebuah syarikat pembersihan yang bertugas di Lengkok Pantai Baharu, Jalan Pantai Baharu, Lembah Pantai.


Sehingga 08 Februari 2021, sejumlah 122 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan Positif COVID -19 dalam kluster ini.


10. Kluster Batu 38

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kalabakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-229123) telah dilaporkan positif COVID -19 pada 04 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat di Batu 38, Jalan Kalabakan-Keningau, Kalabakan.


Sehingga 08 Februari 2021, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID -19 dalam kluster ini.


11. Kluster Sebangkoi

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sri Aman di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-214538) telah dilaporkan positif COVID -19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes - kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Sebangkoi, Undop, Sri Aman.


Sehingga 08 Februari 2021, sejumlah 447 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID -19 dalam kluster ini.


12. Kluster Taman Bukit Petaling

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Seremban dan Jelebu di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-230336) telah dilaporkan positif COVID -19 pada 04 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes - kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu sebuah pusat perubatan yang terletak di Taman Bukit Petaling, Kuala Klawang. 


Sehingga 08 Februari 2021, sejumlah 187 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID -19 dalam kluster ini.


13. Kluster Kampung Tandak

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Besut dan Setiu di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke -226873) telah dilaporkan positif COVID -19 pada 03 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Tandak, Jerteh, Besut.


Sehingga 08 Februari 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID -19 dalam kluster ini.



@Jackie San


1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/03/apakah-punca-kluster-baharu-di-malaysia.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<