2021年3月13日土曜日

Diskriminasi Sosial Terhadap Positif COVID - 19

 


Golongan yang dijangkiti COVID - 19 sebenarnya tidak melakukan sebarang kesalahan, jadi janganlah menyisihkan golongan ini. 

 

 Sejak 20 September 2020, negara berdepan dengan gelombang ketiga COVID - 19. Jumlah rakyat negara ini yang terjangkit telah bertambah setiap hari. Namun, kita bukan sedikit tapi banyak berjaya mengawal penularannya. Contohnya pada 30 Oktober 2020 yang lalu, ketika Amerika Syarikat mencatatkan jumlah kes baru hariannya yang tertinggi di dunia, iaiatu 100,233 orang, kita mencatat jumlah kes pulih harian tertinggi di dunia iaitu seramai 1,000 orang. Kumulasi bilangan yang pulih kita adalah bersamaan 67.4 peratus, iaitu salah satu angka yang memang tidak dinafikan tertinggi di dunia pada ketika itu. Manakala, bilangan kes kematian pula adlaah 0.8 peratus sahaja, berbanding 2.6 peratus di peringkat R-naught kita hari ini masih stabil, iaitu di bawah angka 1. Hospital, bilik bedah, wad kecemasan (ICU), wad pesakit biasa, katil, peralatan, tenaga kepakaran seperti doktor dan profesional, bahan - bahan keperluan seperti PPE dan alat bagi ujian makmal memang jelas mencukupi.

 

Kerajaan berusaha menyediakan vaksin untuk seluruh Rakyat Malaysia. Perundingan sedang dijalankan dengan negara dan organisasi luar yang tertentu. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan banyak sekali penyelidikannya. MySejahtera sedang ditambah baik. Ini termasuklah dengan kemungkinan menambah perisian baru seperti risk calculator dan banyak lagi dengan keperluan terkini.


Hakikatnya, kita perlu hidup bersatu padu, bekerjasama (co-exist) dengan COVID -19 untuk satu jangka masa yang tidak dapat dianggarkan berapa lama lagi wabak ini masih kekal bersama kita di seluruh pelusuk dunia. Dalam tempoh ini, sebahagian frontliners - wira - wira tak didendang - mula merasa letih (fatigue). Kini, kita semua - seluruh rakyat - harus sama - sama memainkan peranan sebagai frontliners.


Sejak pentadbiran PN dibentuk, ia dengan serta merta menjadikan wabak COVID -19 ini menjadi fokus terpenting topik perbincangan. Strategi utama kerajaan ialah faktor keseimbangan antara nyawa dan juga tahap kehidupan ekonomi rakyat amnya.


Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) tentang COVID -19 pada hampir setiap hari, termasuk hari cuti umum. Ketika Perdana Menteri sesekali tidak mempengerusikannya, ia dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail bin Sabri. Hampir separuh anggota Kabinet, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Peguam Negara, Ketua Pengarah Kesihatan, Ketua Pengarah Imigresen dan Pegawai - Pegawai Kanan yang lain menghadirinya. Mesyuarat berlangsung 2-3 jam lamanya setiap kali mesyuarat. Menteri - menteri Besar dan juga Ketua - ketua Menteri juga telah beberapa kali diundang sama. Perbincangannya penuh dengan banyak perkara yang harus dibincangkan dan mendapat kata pemutus bila akhir mesyuarat. Serba serbi ditimbang dengan teliti demi untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.


Pelbagai langkah penerangan dan juga komunikasi lain turut digerakkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan kementerian/agensi lain. Sektor Swasta, CSO dan pemegang - pemegang taruh lain turut memainkan peranan masing - masing. Pokoknya, pelbagai cara dan juga medium digunapakai. Kini, kerajaan sedang menggerakkan kempen pembudayaan norma baharu pula.


Kerajaan mempunyai perancangan yang amat jelas dan pelaksanaan yang begitu kemas dan teratur. Memanglah ia tidak sunyi daripada kesilapan dan juga kelemahan. Tetapi, pokoknya, semuanya difikirkan dan dizahirkan dengan teratur. Contohya, pelbagai jenis SOP dibangunkan melalui libat urus bersama semua pihak yang berkaitan. MKN berbincang dengan teliti tentang pengumuman dan juga penguatkuasaan PKP, PKPB dan  juga PKPP. Kita memperbaiki strategi. Dulu, kita menggunakan pendekatan step and ladder: kita lihat apabila sesuatu kawasan itu berwarna merah (mempunyai 41 kes ke atas), barulah kawasan itu dikenakan PKPB. Kita belajar dari pengalaman sebelum ini dan mendapati bahawa pendekatan ini terlambat dalam membendungnya daripada merebak. Jadi, kini, kita menggunakan pendekatan pre-emptive: bergantung kepada penilai risikonya, sesuatu kawasan itu dikenakan PKPB sebelum pun ia sampai kepada 41 kes.


Ekonomi terjejas amat teruk. Terdapat beberapa sektor yang seakan-akan mati. Ramai yang kehilangan pekerjaan dan diberhentikan kerja dan menyebabkan masalah pengangguran di negara ini meningkat. Apabila kita melaksanakan PKP, kerugian purata ialah sebanyak RM 2.4 Juta dalam masa satu hari.


Kerajaan tetap berusaha untuk merancakkan semula aktiviti - aktiviti ekonomi. Ia dibuat dengan perancangan yang begitu rapi. Contohnya, dengan strategi "6R", iaitu pembahagian dasar ekonomi kepada enam tahap: restore (Ketegasan), Resilience (Ketahanan), Restart (Memulakan-semula), Recover (Pemulihan), Revitalise (Memperkasa) dan Reform (Menyusun Semula). Belanjawan Tahun 2021 yang telah dibentang pada 06 November 2020 lalu adalah tahap kelima (Memperkasa) dan Rancangan Malaysia Ke-Dua Belas (RMK12) yang akan dibentangkan pada Januari 2021 ialah tahap keenam (Menyusun Semula).


Bag meneruskan segala usaha dan juga kerja prihatin kerajaan dan juga semua pihak selama ini, dana yang mencukupi amat diperlukan. Justeru, kita mesti menggunapakai peruntukan yang telah kerajaan salurkan pada Belanjawan Tahun 2021 ini dengan sebaik mungkin.


Belanjawan kali ini adalah khas iaitu "Belanjawan COVID - 19". Ia bukannya untuk mengira soal defisit atau lebihan. Sebaliknya, ia mengandungi apa - apa sahaja yang diperlukan untuk kepentingan rakyat. Sekiranya perlu menambah hutang, maka tambahlah. Apa yang lebih mustahak adalah kerajaan sedia ada mempunyai dana yang amat mencukupi bagi melaksanakan semua program dan juga projek pembangunan demi rakyat Malaysia.


>>>MARI BACA BERITA PANAS<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/03/apakah-punca-kluster-baharu-di-malaysia.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/03/muka-bengkak-selepas-disuntik-vaksin.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/02/vaksin-covid-19-disuntik-kepada-menteri.html



@ Jackie San

 

 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/03/diskriminasi-sosial-terhadap-positif.html

    返信削除

Featured post

CONCERNS PERSIST OVER OSAKA EXPO PREPARATIONS 6 MONTHS BEFORE OPENING - OSAKA JAPAN

CONCERNS PERSIST OVER OSAKA EXPO PREPARATIONS 6 MONTHS BEFORE OPENING - OSAKA JAPAN @Jr_Paku Midin Channel OSAKA With Sunday marking six mon...