2021年2月18日木曜日

Vaksin COVID -19 Disuntik kepada Menteri Dahulu ?



KENAPA ?

Kita amat jelas dan menyedari impak pandemik wabak COVID -19 yang melanda seluruh dunia masa ini. Pelbagai aspek turut terjejas sama ada dari segi tahap pekerja kesihatan amnya dan juga seluruh masyarakat awam dan apa yang lebih mustahak berlakunya kemelesetan ekonomi, peningkatan masalah mental serta isu jenayah akibat pandemik wabak COVID -19 ini.


Sejarah awal penemuan penyakit berjangkit dan juga penghasilan vaksin telah dikupas se-awal Tamadun Cina, Tamadun Mesir, Tamadun Rom dan juga Tamadun Babylon. Isunya sekarang adakah kita sanggup untuk menerima vaksin ini jika ia dibawa masuk ke negara kita ?


Vaksin Wabak COVID -19 seperti diwar-warkan akan tiba di negara kita sekitar Februari 2021 seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan melalui media massa. Jenama yang bakal diterima dan diguna pakai adalah Vaksin Pfizer-BioNTech di mana ianya terlebih dahulu menembusi beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Bahrain, Kanada, Saudi Arabia, Mexico, United Kingdom dan juga Singapura sekitar Disember 2020 yang lalu.


Sebagaimana situasi di luar negara, cabaran paling besar yang berlaku adalah bagi mengikut kenyataan dari International Council of Nurses (ICN) di Geneva, Switzerland sekitar awal November 2020 adalah seperti berikut :-


a). Tiada jaminan 100 peratus terhadap vaksin tersebut. Pada masa ini, elemen maqasid syariah menyelamatkan nyawa melalui imuniti kelompok 'herd immunity' adalah lebih penting.


b). Isu aksesibiliti : Bukan semua kelompok masyarakat berkemungkinan akan menerima vaksin tersebut. Ini termasuklah golongan pekerja asing ataupun ekspatriat.


c). Isu Sosio-ekonomi : Faktor kewangan dan juga sokongan sosial berkemungkinan mengekang mereka yang tinggal di kepulauan dan juga pinggir bandar dalam mendapatkan akses kepada vaksin.


d). Peranan Terhad Jururawat Dalam Administrasi Vaksin : Jururawat yang berpengalaman haruslah terlibat dalam isu pemvaksinan besar - besaran walaupun kuasa autoriti di tangan pihak atasan kementerian kesihatan. Jururawat yang terlatih dalam bidang penyelidikan perlu dilibatkan dlaam proses dokumentasi kesan sampingan. Beban tugas mereka mungkin bertambah dengan tekanan sedia ada.


e). Perawatan Holistik :

Vaksinasi besar - besaran bukan sekadar memenuhi kehendak dan matlamat kerajaan dalam memastikan capaian sampai ke rakyat. Perawatan holistik terutamanya mengenalpasti kesan sampingan selepas pemvaksinan sangat penting untuk menjaga kebajikan rakyat.


SIAPA HARUS DISUNTIK VAKSIN COVID - 19 DAHULU ?

Kelompok paling awal yang perlu untuk diberikan dan suntikan vaksin ini adalah kalangan profesional kesihatan sendiri termasuklah doktor, jururawat, para pegawai kesihatan dan juga kakitangan sokongan kesihatan kerana mereka berdepan dengan pesakit berisiko tinggi jangkitan COVID -19.


Pengalaman menjadi sukarelwan menerima vaksin ini penting supaya seorang profesional kesihatan mempunyai empati terhadap masalah yang bakal dialami oleh pesakit mereka apabila vaksin diadministrasikan.


APAKAH PERANAN MASYARAKAT ?

Jika anda perlukan maklumat lanjut berkenaan vaksin COVID -19 hubungilah dengan mereka yang memang pakar dalam bidang vaksin seperti kalangan doktor, pegawai farmasi dan juga jururawat di hospital ataupun klinik berhampiran anda. Bukannya golongan netizen yang kuat membawang dan mencerca. 


"Netizen rata - rata mencadangkan agar golongan Menteri ataupun Yang Berhormat YB Kawasan untuk disuntik dahulu dengan Vaksin COVID -19. Ianya berkesan jika vaksin tidak mujarab dan hasilnya akan kena kepada YB kawasan dan juga menteri."


Ini amatlah penting supaya maklumat yang tepat diberikan tentang vaksin COVID -19. Jika suatu hari anda berminat untuk menerima vaksin ini, berilah kerjasama dengan pihak kesihatan dalam melaporkan segala kesan sampingan. Maklumat tersebut amat penting sebagai bahan kajian dan penyelidikan lanjut.


#Kitajagakita!



@ Jackie San


1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/02/vaksin-covid-19-disuntik-kepada-menteri.html

    返信削除

Featured post

Graduates Party and Welcoming To New Students Fall Semester Japan University

   https://youtu.be/c9rcx2oBusc?si=iXIuZO30tn3SOD7o >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH<<<