2021年2月17日水曜日

Kluster Sungai Maong Kuching Berpunca Dari Pengawal Keselamatan HUS Positif COVID -19



KUCHING, SARAWAK :

Enam (6) Kluster Terbaharu di Sarawak akibat jangkitan pandemik wabak COVID -19 diisytiharkan.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) seperti dimaklumkan bahawa kluster tersebut adalah terdiri daripada Kluster Geronggang -  Sibu; Kluster Mas Merah - Sibu; Kluster Univista - Kota Samarahan; Kluster Kampung Sungai Maong - Kuching; Kluster Gelong - Kapit dan Kluster Kidurong Dua - Bintulu.


Kluster Geronggang adalah satu (1) Kluster Komuniti yang dikesan dan ianya melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Geronggang, Sibu.


" Manakala, indeks kes kepada kluster ini adalah kes Ke-6,072 iaitu seorang lelaki yang berumur 77 tahun dan beliau merupakan penghuni pusat jagaan tersebut. Beliau telah dikesan positif COVID -19 pada 10 Februari 2021 melalui ujian saringan individu bergejala.


" Kes indeks tersebut berkemungkinan telah mendapat jangkitan dari komuniti semasa mendapat rawatan di pusat perubatan di Sibu," katanya.


Berdasarkan hasil pengesanan kontak-kontak kepada kes indeks ini dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (ACD) di pusat jagaan warga emas tersebut, terdapat peningkatan dan juga tambahan kepada 40 kes positif COVID -19 yang telah dikesan dengan dua (2) kes baharu dilaporkan.


" Sehingga 16 Februari 2021 (Selasa) jam 12 tengahari, seramai 41 individu telah disaring ujian COVID -19 ".


Selain itu, Kluster Geronggang ini juga telah mencatatkan satu (1) kes kematian yang melibatkan seorang warga emas yang berumur 73 tahun, yang juga merupakan penghuni di pusat jagaan tersebut.


" Bagaimanapun, punca kematian kes ini masih menunggu keputusan post-mortem dan baki 40 kes yang lain telah dimasukkan ke Hospital Sibu dan sedang mendapatkan rawatan susulan, " katanya.


Manakala, bagi Kluster Mas Merah, kluster komuniti ini adalah yang melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas di Jalan Teng Chin Hua,di Sungai Merah, Bahagian Sibu.


" Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-6,689 iaitu seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) yang juga merupakan petugas di pusat jagaan tersebut. Indeks kes ini telah dikesan melalui ujian saringan individu yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID -19 pada 13 Februari 2021 yang lalu.


" Aktiviti pengesanan kes tersebut dilakukan dan ujian saringan COVID -19 dilakukan secara aktif dijalankan dan ianya melibatkan semua penghuni dan juga petugas pusat tersebut."


Hasil saringan tersebut mendapati tambahan sembilan (9) kes baharu positif COVID -19 telah pun dikesan dengan dua (2) kes baharu telah dilaporkan.


Sehingga 16 Februari 2021 (Selasa), jam 12 tengahari, seramai 48 individu telah disaring di mana 10 kes telahpun dikesan positif COVID -19 termasuk indeks kes dan 38 individu masih menunggu keputusan.


" Kesemua 10 kes telah dimasukkan ke Hospital Sibu dan sedang mendapatkan rawatan susulan," katanya.


Manakala, Kluster Univista adalah kluster komuniti yang setakat ini melibatkan tiga (3) lokaliti di Daerah Samarahan iaitu Kampung Muara Tuang, Taman Univista dan Taman Samarax.


Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke 6,295 iaitu seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) yang berumur 33 tahun yang telah dikesan melalui saringan individu bergejala pada 06 Februari 2021.


" Kes adalah seorang penjual satay di hadapan rumah kediaman beliau beralamat Taman Univista, Kota Samarahan. Hasil pengesanan kontak-kontak kepada kes indeks ini dan aktiviti pengesanan kes secara aktif di tiga (3) lokaliti utama tersebut. Hasilnya terdapat 44 penambahan kes positif telah dikesan dan 19 kes baharu turut dilaporkan.


" Sehingga 16 Februari 2021 jam 12 tengahari, seramai 184 individu telah disaring dab 45 kes daripadanya telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak bagi mendapatkan rawatan susulan," ujarnya.


Manakala, berkenaan dengan Kluster Kampung Sungai Maong - Kuching pula, ianya adalah melibatkan penduduk di Kampung Sungai Maong di Bandaraya Kuching.


" Kes indeks kepada kluster ini adalah kes 6,292 yang telah dikesan melalui saringan individu bergejalan di sebuah klinik kesihatan di bandar raya Kuching pada 11 Februari 2021.


" Kes merupakan seorang wanita yang berumur 38 tahun warga tempatan (Sarawak) dan beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hospital Umum Sarawak.


" Hasil pengesanan kontak rapat dan juga rakan sekerja kepada indeks kes ini, terdapat penambahan sebanyak 17 kes positif COVID -19 yang telah dikesan dengan 10 kes baharu dilaporkan."


Sehingga 16 Februari 2021, pada jam 12 tengahari, seramai 50 individu telah disaring dan 18 kes daripadanya telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan sedang mendapatkan rawatan susulan.


" Kluster Gelong pula adalah merupakan kluster komuniti yang melibatkan Komuniti Taman Sri Gelong, Jalan Selirik di Daerah Kapit, Bahagian Kapit Sarawak.


" Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke 6,581 iaitu seorang lelaki yang berumur 47 tahun warga tempatan (Sarawak) yang telah dikesan positif COVID -19 melalui ujian saringan individu bergejalan di klinik kesihatan pada 13 Februari 2021.


Hasil siasatan mendapati bahawa kes telah menghadiri satu majlis pengkebumian bapa beliau pada 30 Januari hingga 2 Februari 2021 yang telah dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.


" Hasil pengesanan kontak rapat dan juga kontak sosial kepada indeks kes tersebut terdapat tambahan 13 individu telah dikesan positif COVID -19.


" Sehingga 16 Februari 2021 iaitu pada jam 12 tengahari, seramai 86 individu yang telah disaring dengan 14 kes daripadanya telah dimasukkan ke PKRC Kapit untuk mendapatkan rawatan susulan.


Sementara Kluster Kidurong Dua - Bintulu pula, ianya merupakan kluster komuniti dan tempat kerja yang melibatkan sebuah sekolah rendah kebangsaan di Kidurong di Daerah Bintulu.


" Indeks kes kepada kluster iniadalah kes ke 6,184 iaitu seorang wanita yang berumur 36 tahun yang telah dikesan melalui saringan individu yang bergejalan pada 09 Februari 2021. Kes ini juga merupakan seorang pembantu pengurusan murid di sekolah tersebut.


" Hasil pengesanan kontak rapat di tempat kerja dan juga ahli keluarga kepada kes indeks tersebut, terdapat tambahan 11 kes positif COVID -19 telahpun dikesan dengan lima (5) kes baharu dilaporkan.


" Sehingga 16 Februari 2021 iaitu pada jam 12 tenghari, seramai 74 individu telah disaring dengan 12 kes daripadanya telah dimasukkan ke Hospital Bintulu dan juga sedang mendapatkan rawatan susulan."


Dalam pada itu, JPBNS turut memaklumkan bahawa satu (1) kluster iaitu Kluster Keranji Tabuan di Daerah Kuching telah tamat setelah tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari dari tarikh kes terakhir dilaporkan.


Kluster komuniti tersebut telah diisytiharkan sebagai kluster pada 07 Januari 2021.


"Sejumlah 181 individu telah disaring yang melibatkan kluster ini dan 15 kes ataupun bersamaan 8.29 peratus telah didapati positif COVID -19 termasuk kes indeks.


" Kesemua 15 kes tersebut telah didiscaj dan turut dibenarkan untuk pulang ke rumah masing - masing. Tiada kes kematian dilaporkan melibatkan kluster tersebut.


Setakat ini, terdapat 21 Kluster COVID -19 yang masih lagi aktif di Seluruh Negeri Sarawak.


>>>ARTIKEL LAIN BACA DI SINI<<<




@ Jackie San




1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/02/kluster-sungai-maong-kuching-berpunca.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<