2021年2月12日金曜日

Kluster di Malaysia Semakin Parah : COVID-19



KUALA LUMPUR:

Gelombang Pandemik COVID -19 yang membadai Malaysia sejak 20 September 2020 tahun lalu semakin hari semakin mengganas dengan rekod kes kumulatif sudah mencapai 254, 988 ribu kes.


Dengan kes harian baharu yang melonjak dan kini kes dalam negara melebihi angka 250,000 kes.


Malaysia kini menanggung bebanan kes aktif hampir 50,000 dengan kebolehjangkitan yang amat tinggi.


Selepas genap setahun kini bukan angka satu (1), dua (2), tiga (3) malah kini angka kes terus meningkat ke empat (4) digit setiap hari menunjukkan negara kita mampu menyumbang angka kematian kemungkinan ke lima (5) angka tidak lama lagi.


Sehingga 11 Februari 2021 (Khamis), genap dua (2) minggu menunjukkan kadar kematian setiap hari ke dua (2) angka berbanding sebelum ini hanya satu (1) angka tiap hari. Dalam tempoh dua (2) minggu, setiap hari melaporkan kes kematian akibat pandemik wabak COVID -19 adalah melebihi 10 orang.


Pada 11 Februari 2021 (Khamis), jumlah kes baharu adalah 3,384 kes dengan jumlah kumulatif keseluruhan kes adalah 254,988 yang aktif. Negeri Selangor menunjukkan kes positif tertinggi dan aktif dengan jumlah 1,082 kes, diikuti negeri Johor (777 kes), dan Kuala Lumpur ( 435 kes ) dan Negeri Kedah (228 kes).


Menurut Pengarah Kesihatan Malaysia (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) memaklumkan bahawa, sebelum ini pernah melaporkan mengenai unjuran untuk tempoh 4 Januari - 31 Mei 2021 iaitu kes harian adalah di antara 3,000 (minggu kedua Februari 2021), 5,000 kes setiap hari (minggu kedua April 2021) dan akan mencapai 8,000 kes sehari (minggu keempat Mei 2021 nanti).


Unjuran itu berdasarkan R naught (RO) 1.1. RO merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus COVID -19 pada permulaan wabak dalam kalangan masyarakat.


Pada permulaan Gelombang Ketiga (3) pada 23 September 2020 yang lalu, Malaysia mencatatkan 147 kes baharu, menjadikan jumlah kes positifi COVID -19 di Malaysia sebanyak 10,505 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID -19 adalah sebanyak 770 kes. Malaysia mula mencatat kes harian baharu empat (4) angka bermula pada 24 Oktober 2020 iaitu dengan 1, 228 kes positif, dan ianya menjadikan jumlah kes positif sebanyak 25, 752 kes. Jumlah kes dengan kebolehjangkitan COVID -19 adalah 8, 966 kes. 


Sehingga kini 108, 298, 371 kes di seluruh dunia dengan jumlah kes kematian akibat pandemik COVID -19 adalah seramai 2, 378, 863 orang. Manakala seluruh dunia telah menyaksikan seramai 80, 343, 395 kes akibat COVID -19 pulih.



@ Jackie San








1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/02/kluster-di-malaysia-semakin-parah-covid.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<