2021年2月14日日曜日

Akibat Kelalaian Seluruh Sarawak Dikenakan PKP Bersyarat Bermula 15 Februari 2021 - COVID 19



KUCHING 14 FEBRUARI 2021 (AHAD) :

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berkuat kuasa selama 14 hari di Seluruh Negeri Bumi Kenyalang bermula pada 15 Februari 2021 (Isnin) ini.


Jurucakap kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) memaklumkan bahawa, penguatkuasaan PKPB itu akan bermula pada jam 0001 tengah malam, Isnin ini hingga jam 259 malam pada 01 Mac 2021 kelak.


Beliau turut memaklumkana bahawa, keputusan itu dibuat oleh JPBN Sarawak pada mesyuarat hari ini selepas menganalisa jumlah kes harian yang masih berada di angka tiga (3).


"Mengenai Garis Panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB itu boleh juga diperolehi di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN)."


Selain itu, pergerakan di antara zon dalam Negeri Sarawak adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).


"Aktiviti ekonomi seperti pasar malam, pasar harian, pasar borong, pasar tani dan juga bazar larut malam bagi zon yang telah diisytiharkan sebagai zon merah adalah tidak dibenarkan beroperasi. Manakala aktiviti ekonomi tersebut dibenarkan di zon pentadbiran hijau dan kuning sahaja."


Ketika ini sebanyak 11 buah daerah yang telah dikategorikan sebagai zon merah iaitu Miri, Bintulu, Sibu, Dalat, Song, Kapit, Beluru, Lundu, Subis dan juga Julau.


Sementara itu juga, hari ini terdapat 152 kes positif pandemik wabak COVID -19 dikesan di seluruh bumi kenyalang iaitu 45 kes di Daerah Sibu, Subis (33 kes), Kapit (23 kes), Julau (11 kes), Song (10 kes), Bintulu (8 kes), Miri (8 kes), Beluru (4 kes), Kuching (3 kes), Dalat (2 kes), Samarahan (2 kes), Bau (1 kes), Belaga (1 kes) dan Meradong (1 kes) dan ianya telah menjadikan jumlah keseluruhan kes positif pandemik COVID -19 di Negeri Sarawak melonjak ke angka 6, 425 kes.


Paling menyedihkan buat penduduk Bumi Kenyalang, Kluster Pasai adalah penyumbang utama kes baharu jangkitan dengan 74 kes harian dan yang lebih menyedihkan rakyat Sarawak, angka kematian terus melonjak akibat dari Kluster Pasai, Sibu. Jelas terbukti hasil daripada sumbangan Kluster Pasai sahaja, keseluruhan jangkitan daripada kluster ini meningkat dan melonjak kepada hampir 3,000 kes dan ianya dijangka angkat melonjak hari demi hari.



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/02/akibat-kelalaian-seluruh-sarawak.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<