2021年2月5日金曜日

Kes Kematian Wabak COVID - 19 Negara Menghampiri 1,000 Orang



PUTRAJAYA -

Angka Kematian Akibat Wabak COVID -19 Negara Menghampiri Angka ke 1,000!


Manakala, angka positif Wabak COVID -19 pula terus meningkat dan melonjak ke 83 kes apabila Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan telah menerima 28 kes baharu pada 05 Februari 2021 (Jumaat).


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa kes baharu itu terdiri dalam kalangan Patient - Under - Investigation (PUI), kontak rapat ke atas pesakit COVID -19 dan Misi Bantuan Kemanusiaan (MBK).


" Sehingga hari ini, sebanyak 956 kontak rapat turut dikenal pasti, " katanya.


Selain itu, daripada jumlah tersebut, sebanyak 258 kes kontak rapat kepada kluster kes ke -26 telah dikesan dan turut telah diambil sampel melalui ujian saringan.


Selain itu juga, daripada kluster tersebut, sebanyak 18 orang telah disahkan positif manakala 70 orang lagi adalah negatif. Mereka telah diletakkan di bawah perintah pengawasan dan juga pemerhatian di rumah bagi tempoh 14 hari mulai sekarang.


Ketua Pengarah Kesihatan (KKM) turut memaklumkan bahawa, seramai 170 orang lagi telah berjaya dikesan dan masih menunggu keputusan makmal selepas mereka semua disaring.


" Mereka juga telah diletakkan di bawah perintah pengawasan dan juga pemerhatian di rumah mereka."


Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa KKM sehingga kini masih menjalankan siasatan dan juga aktiviti pengesanan kontak rapat bagi mengenal pasti punca jangkitan dan juga seterusnya mencegah penularan wabak pandemik COVID -19.


KKM turut menjalankan survelan COVID -19 bagi mengesan kes sporadik dan juga kes tempatan di Negara ini melalui pesakit Influenza - like - illness (ILI) dan juga severe acute respiratory infection (SARI) yang tiada kaitan dengan sejarah perjalanan ke luar negara terutama negara - negara yang terjejas atau kontak rapat kes positif COVID -19.


"Sehingga ke hari ini, sebanyak 430 sampel telah dibuat ujian dan setakat ini tiada sampel yang dikesan positif wabak COVID -19".


Berdasarkan kepada maklumat semasa, buat masa ini tiada kes sporadik COVID -19 yang dikesan melalui aktiviti survelan ini.


Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan bahawa, kes ke -24 yang sebelum ini positif ke atas wabak COVID -19 telah disahkan pulih dan telah pun discaj dari Hospital Kuala Lumpur.


" Ini menjadikan 23 kes telah pulih sepenuhnya setakat hari ini. "


KKM turut memaklumkan bahawa, menerusi 'Code Of Professional Conduct' di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012) dan juga Peraturan Perubatan, Pengamal Perubatan perlu memastikan kerahsiaan maklumat peribadi pesakit adalah dijaga sepenuhnya, kecuali jika pesakit sendiri bersetuju untuk mendedahkan ataupun pesakit sendiri mendedahkan maklumat beliau dengan cara sukarela.



@ Jackie San


1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/02/kes-kematian-wabak-covid-19-negara.html

    返信削除

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...